Eratkan Hubungan Keluarga Melalui Percutian ‘Back To Nature’

Gambar kenangan. Bukti kami dah sampai di Tanah Aina..

Maaf la, ibu sebenarnya masih tak boleh move on dari keseronokan bercuti di Tanah Aina Farrah Soraya sebab terlalu banyak benda positif ibu dapat dari percutian tu. Dah la tempatnya cantik, hijau serta mendamaikan, aktiviti menyeronokkan, dapat kesedaran tentang alam sekitar, dan yang paling tak ternilai ialah percutian ‘back to nature’ ini benar-benar mengeratkan kami sekeluarga.

Eratkan Hubungan Keluarga Melalui Percutian ‘Back To Nature’

Okey, mari ibu senaraikan mengapa percutian ‘back to nature’ ni benar-benar mengeratkan kami sekeluarga.

1. Keseronokan anak-anak

Biasanya kami bercuti dengan tinggal di hotel dalam bandar, paling semulajadi pun pergi pulau dan pantai. Ini kali pertama ibu dan ayah membawa anak-anak bercuti dalam hutan. Tinggal dalam chalet di tepi sungai, makan sedap di tepi sungai, dapat mandi sungai, masuk hutan, terjun masuk air dari pelantar setinggi 15 kaki, dan macam-macam aktiviti indoor dan outdoor. Ternyata anak-anak sangat seronok dengan percutian itu. Anak-anak seronok, ibu ayah juga seronok. Kembang kuncup hati ibu rasa bahagia.

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Chalet tepi sungai..

2. Tiada talian internet

Tiada facebook, tiada whatapp, tiada blog, tiada akhbar dalam talian, tiada apa kerana tiada internet. Yang ada hanyalah ayah, ibu, Yusuf dan Maryam bersama telefon bimbit yang hanya boleh digunakan untuk mengambil gambar. Tiada aksi-aksi asyik dengan telefon yang menjengkelkan. Tanpa internet, hati-hati kami bersatu tanpa gangguan. Wah! Bukan main ayat ibu.

3. Tanpa gajet

Ketika aktiviti ‘jungle and river trekking’ diadakan, kami tidak digalakkan membawa sebarang gajet kerana aktiviti akan melibatkan kami masuk ke dalam air yang dalam. Mula-mula ibu rasa tak seronok sebab tak dapat nak rakam aktiviti kami di dalam hutan dengan kamera kami sendiri. Tapi perasaan tak seronok itu berlalu, bila kegembiraan dapat melakukan aktiviti bersama suami dan anak-anak itu mengatasi segala-galanya.

4. Romantika dalam hutan

Jungle and river trekking dengan suami best tau. Nak panjat tempat tinggi sikit ada orang tarik, lalu laluan susah sikit ada orang pegang tangan, dalam sungai rasa nak tenggelam je ada orang cepat-cepat tarik.

Seumur hidup ibu, semua aktiviti jungle trekking hanyalah bersama kawan-kawan yang kebiasaannya dilakukan dalam tempoh kursus. Nak memanjat ke, nak menggelongsor ke, nak melompat ke, semua buat sendiri. Sebab yang ada pada masa tu hanyalah suami-suami orang. Hehe..

5. Lebih banyak komunikasi dan aktiviti bersama

Percutian kalini, televisyen pun kami tak tengok sebab tak ada dalam bilik. Tv ada disediakan di ruang santai, tapi Yusuf dan Maryam tak ada minta nak tengok pun. Masa santai yang ada digunakan untuk berbual-bual dan melakukan aktiviti bersama-sama keluarga.

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Santai-santai main chess..

5 point sahaja, nampak sikit tapi kalau dihurai dari sudut hati dan perasaan ni 4 hari 4 malam tak habis cerita. Hihi.. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 157 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge