Mendidik Anak Cintakan Alam Sekitar

Mendidik Anak Cintakan Alam Sekitar

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya yang berkonsepkan ‘back to nature’ minggu lepas, banyak memberi kesedaran dan membuka mata ibu tentang cintakan alam sekitar. Lagi-lagi selepas melihat tayangan video ‘Save Our Rainforest’, salah satu aktiviti yang disediakan di sana. Sedih dengan keadaan hutan-hutan di Malaysia yang semakin gondol dan pencemaran alam sekitar yang makin tidak terkawal.

Jika begini keadaan bumi sekarang, bagaimana pula dengan nasib anak cucu dimasa hadapan? Dapatkah mereka merasai lagi suasana menghijau, persekitaran yang bersih dan udara yang segar?

Mendidik Anak Cintakan Alam Sekitar

Melentur buluh biar dari rebung, begitu juga dengan kesedaran cintakan alam sekitar ini harus dipupuk dari kecil lagi. Apapun, kesedaran itu perlu bermula dari ibu bapa terlebih dahulu. Ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak cintakan alam sekitar.

Secara teorinya, ia tidak sukar. Tapi wajib dipraktikkan.

Membuang Sampah dengan Betul

Sampah adalah salah satu punca pencemaran, dan pendidikan membuang sampah yang betul perlu bermula dari rumah. Didik anak-anak untuk membuang sampah di dalam tong sampah dan tidak membuangnya merata-rata sejak mereka kecil lagi. Didikan ini akan melahirkan generasi yang cintakan kebersihan dan bencikan kekotoran.

Amalan Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barang yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pencemaran.

Didik anak-anak sedari kecil untuk mengenalpasti bahan yang boleh dikitar semula seperti botol kaca, botol plastik, kertas-kertas, kain baju dan sebagainya.

Amalan Mengasingkan Sampah Mengikut Jenis

Apabila anak-anak telah mempelajari jenis-jenis bahan atau sampah yang boleh dikitar semula, secara langsung anak-anak akan mampu mengasingkan sampah-sampah mengikut kategori seperti kaca, plastik, kertas dan tekstil.

Ibu bapa berperanan menyediakan bekas yang berbeza mengikut kategori dan lebih baik jika mampu menyediakan bekas sampah berwarna mengikut kategori. Kuning untuk plastik, biru untuk kertas, jingga/merah untuk logam dan hijau untuk kaca.

Aktiviti Menanam Pokok

Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.

Jadikan menanam pokok sebagai salah satu akviti keluarga dalam menyahut kempen hijaukan bumi. Mulakan dari rumah dan jika tiada kawasan bertanah, tanaman dalam pasu sudah memadai.

Amalan Penjimatan Tenaga

Amalan penjimatan tenaga bermula dari rumah. Didik anak-anak menjimatan penggunaan elektrik mematikan suis lampu, pendingin hawa, kipas atau apa sahaja barangan elektrik apabila ia selesai digunakan.

Aktiviti Rekreasi Alam Sekitar

Kehidupan moden hari ini menyaksikan pusat membeli belah menjadi tumpuan ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar terutama di hujung minggu. Untuk mendidik anak cintakan alam sekitar, aktiviti rekreasi alam sekitar perlu dilakukan lebih kerap. Bawa anak-anak bersiar-siar di taman tasik, berkelah di air terjun, berkhemah dalam hutan, mendaki bukit, bermain di pantai dan sebagainya. Sambil beraktiviti, sambil ibu bapa menerangkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Mendidik anak cintakan alam sekitar

Kenangan menyertai ‘jungle and river trekking’ di Tanah Aina Farrah Soraya Resort, Raub Pahang

Pendedahan Isu Alam Sekitar

Isu alam sekitar banyak tertulis di akhbar, majalah, malah di internet. Pendedahan isu alam sekitar kepada anak-anak penting dalam membina kesedaran cintakan alam sekitar. Melalui pembacaan mahupun penerangan ibu bapa, anak-anak akan faham kesan dan akibat sekiranya kita tidak sama-sama menjaga alam sekitar.

Penutup Kata

Tanamkan rasa cinta pada alam sekitar dalam diri sebagai ibu bapa, tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak, insyaAllah akan tertanam rasa cinta pada alam sekitar pada diri anak-anak.

Mendidik anak tentang teori mungkin tidak sukar, tetapi untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan sendiri dan keluarga perlukan kesungguhan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

(Visited 105 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge