Percutian 2 Hari 1 Malam di Tanah Aina Farrah Soraya Bersama Anak-Anak

Kami baru sahaja balik dari percutian singkat 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya Resort. Tanah Aina Farrah Soraya ni salah satu rangkaian Tanah Aina milik Puan Sri To’ Puan Dato Shariffa Sabrina Syed Akil. Beliau adalah presiden Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA), orang yang bersunguh-sungguh melindungi alam. Resort-resort beliau semuanya berkonsepkan ‘back to nature’.

Percutian 2 Hari 1 Malam di Tanah Aina Farrah Soraya Bersama Anak-Anak

Tanah Aina Farrah Soraya ni terletak di Raub Pahang dan lokasinya dalam hutan. 2 hari di sini kami terputus dari dunia internet, malah tengok tv pun tidak. Dah biasa sangat bawa anak-anak bercuti di hotel dalam bandar, kalini kita masuk hutan.

Percutian singkat ini meninggalkan kenangan yang cukup manis bagi kami. Ibu catatkan percutian kami di sini untuk kenangan kemudian hari dan juga untuk rujukan bersama. Jom tengok apa kami buat selama 2 hari 1 malam dari 15 hingga 16 Oktober 2016 di sini. Semua aktiviti kami adalah mengikut itinerary yang telah disediakan oleh pihak Tanah Aina.

Dari Shah Alam ke Raub Pahang

Kami bertolak dari Shah Alam pada jam 9.00 pagi, singgah sarapan dan meneruskan perjalanan ke Raub. Kami sampai di Tol Bentung lebih kurang jam 10.50 pagi dan ibu terus buat panggilan kepada staf Tanah Aina. Kena call sebab mereka akan keluar jemput kita. Kereta kita kena parking di tempat khas dan kita akan dibawa masuk ke kawasan resort guna kenderaan 4wd.

Lebih kurang setengah jam perjalanan juga dari tol Bentong ke parking lot Tanah Aina. Masani internet dah mula tenggelam timbul yang banyak tenggelamnya. Kami guna arahan bertulis dari pihak Tanah Aina untuk sampai ke lokasi. Sampai-sampai je dah ada staf menunggu.

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Sama pulak tema warna kami dengan baju staf tu. Hehe..

Naik kenderaan pacuan 4 roda

Perjalanan dari tapak parking ke resort agak mencabar la juga. Jalan yang sempit, tidak berturap dan agak berbukit. Mula-mula tu macam takut je tercampak keluar, tapi lama-lama kami seronok pulak. Dalam takut-takut phone terpelanting, sempat juga selfi barang sekeping dua. Hihi..

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Selfie selpot..

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Selfie lagi. Gegar-gegar gambar dek kenderaan yang bergegar-gegar..

Check In (12.00 tengahari)

Kami sampai di Tanah Aina Farrah Soraya jam 11.45 pagi dan disambut oleh staf di sana dengan sehelai tuala basah dan secawan air sirap pudina. Ada borang check in yang perlu di isi tapi ibu serah kat En Ayah dan anak-anak untuk isi. Mem nak snap-snap gambar apa-apa yang patut.

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Reception..

Sirap pudina dan tuala basah..

Sirap pudina dan tuala basah..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Santai-santai sementara menunggu bilik siap..

Memandangkan kami sampai awal, bilik kami tak siap lagi. Jadi kami ambil kesempatan ambil gambar di hadapan mercu tanda Tanah Aina ni. Berkeping-keping brother staf tu ambikkan gambar kami. Tapi tepek sekeping je kat sini, jadilah..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Gambar kenangan. Bukti kami dah sampai di Tanah Aina..

Makan Tengahari Tepi Sungai (12.30 tengahari)

Ikut jadual, makan tengahari jam 12.30 tengahari. Tapi sebab makanan dah siap disediakan, maka kami dijemput makan dulu. Ini adalah makan tengahari yang saaaangat ohsem. Hidangannya lazat, makan pula di tepian sungai, dengan irama deruan air sungai yang mengasyikkan, suasana yang nyaman. Mmmm.. memang bestlah.

Pakej di Tanah Aina adalah termasuk 4 kali makan. Makan tengahari, minum petang, makan malam dan sarapan pagi keesokan hari.

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Hidangan makan tengahari ala kampung..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Tempayan air basuh tangan yang mencuri tumpuan..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Kami pilih meja di tepi dekat dengan sungai..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Serawa durian yang wajib dirasa..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Pandangan tempat makan di Tanah Aina Farrah Soraya. Sebelah kiri adalah sungai..

Honeymoon Chalet Pudina

Lepas makan kami terus masuk bilik kami Honeymoon Chalet Pudina. Tanah Aina Farrah Soraya ni ada banyak bilik dan dorm dengan nama-nama tersendiri. Antaranya Master Chalet Ulam Raja (4 pax), Honeymoon Chalet (2 pax), Meranti Dormitory (4 pax), Kempas Dormitory (8 pax), Buloh Cempaka (2 pax) dan beberapa lagi.

Kami pilih Honeymoon Chalet sebab sesuai dengan bajet yang ibu ada. Chalet ni boleh masuk 2 extra bed. Bila dikira-kira, tambah extra bed murah sikit berbanding ambik bilik yang memang untuk 4 pax. Lebih menarik, Honeymoon Chalet ni ia ada direct access ke sungai.

Honeymoon Chalet pulak ada 4 bilik pilihan iaitu Pudina, Selasih, Serai dan Pegaga. Layan dulu sekeping dua gambar ni, nanti ibu buat entry khas pasal bilik sahaja sebab banyak gambar. Bilik ni best sangat walau ada juga yang tak best. Apa dia yang best dan tak best tu? Tungguuuu..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Honeymoon Chalet Pudina.. Penginapan kami selama 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Rupa paras dalam bilik kami. Saaaaangat cantik dan selesa. Nantikan lebih banyak gambar dalam entry seterusnya..

Jungle and River Trekking (2.30 petang)

Lepas makan, kami sempat rehat-rehat sekejap dan solat Zuhor. Jam 2.30 petang kami mula berkumpul di Dewan Terbuka untuk sesi taklimat sebelum aktiviti jungle and river trekking dijalankan. Aktiviti ni adalah pilihan, nak join boleh, tak nak pun boleh. Tapi dah masuk dalam pakej, rugila kalau tak join.

Secara ringkasnya aktiviti ni masuk hutan, daki bukit sikit, ada redah air cetek dan dalam, sampailah ke satu platform yang dinamakan ‘leap of faith’ setinggi 15 kaki. Boleh terjun dari atas ke bawah. Gedebushhhh!

Masa aktiviti ni kami tak bawa kamera, jadi hanya bergantung harap pada kamera yang staf Tanah Aina bawak. Sekalinya, eh eh.. Banyak pulak gambar kami. Sebab ada banyak gambar, insyaAllah ibu buat satu entry khas.

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Gambar kenangan kami sekeluarga di bawah pelantar ‘leap of faith’..

Leap of Faith di Tanah Aina Farrah Soraya

En. Ayah siap sedia membuat terjunan ‘leap of faith’ setinggi 15 kaki..

leap-of-faith-platform

Pandangan ‘Leap of Faith platform’ setinggi 15 kaki dari bawah. Gambar diambil dari FB Tanah Aina. Rasanya ni gambar lama..

Minum Petang (4.30 petang)

Aktiviti jungle and river tracking saaaangat menyeronokkan tapi juga meletihkan. Berbasah kuyup sepanjang aktiviti buatkan tekak dahaga dan perut menjadi lapar. Selesai je aktiviti dah masuk waktu minum petang. Sekali lagi, menjamu selera di tepian sungai. Petang tu kami dijamu dengan keow teow goreng, apam balik, kek dan deretan pilihan air panas. Kopi, teh mahupun teh misai kucing. Sebab kami terus makan sebaik sahaha selesai aktiviti tadi, maka tiada gambar. Pihak Tanah Aina menyediakan locker berkunci untuk sesiapa yang mahu meninggalkan barang berharga.

Mandi sungai

Lepas minum petang, terjun pulak masuk sungai depan bilik. Eh tipu.. Tak terjun pun, rendam-rendam badan je. Sungai di sini berbatu-batu dan cetek. Tapi betul-betul depan bilik kami ada kawasan berkolam yang agak dalam. Boleh la tenggelam hingga paras bahu ibu. Dan di kawasan tu banyak ikan. Syok ooo mandi di kelilingi ikan-ikan.

Agak-agak dah kesejukan, kami pun naik mandi manda dalam bilik air pulak. Untuk makluman, kat sini bilik air di bina berasingan dengan bilik. Yang ni ibu cerita sekali dengan entry pasal bilik.

Air sungai yang mengalir jernih di Tanah Aina Farrah Soraya

Air sungai yang mengalir jernih di di hadapat chalet yang kami duduk..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Maryam menyeru ikan-ikan. Hihi..

Solat Maghrib di Surau

Tanah Aina Farrah Soraya ni ada kemudahan suraunya sendiri. Jadi Maghrib tu En Ayah dan Yusuf pun turun ke surau. Yusuf kata, ayah jadi imam tapi Yusuf sorang je makmumnya. Hehehe..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Surau di Tanah Aina Farrah Soraya..

2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Paip mengambil wudhuk..

Makan Malam (7.30 malam)

Lepas solat Maghrib kami terus ke tempat makan untuk makan malam. Hidangan makan malam tu berkonsepkan BBQ. Ada kambing, ayam, ikan, sotong bakar, sosej, nasi goreng cina, kentang goreng dan juga roti bawang putih. Pencuci mulut ada buah-buahan dan badak berendam. Makan tepi sungai lagi. Best!

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Menikmati hidangan makan malam dengan deruan air sungai yang mengalir. Asyikkk..

Santai-santai

Selepas makan malam banyak masa terluang sebelum aktiviti night walk bermula. Kita ada pilihan samada bergolek-golek di bilik, bersantai-santai di gazebo, atau berjalan-jalan di sekitar Tanah Aina.

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Main chess..

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Lagi port menarik untuk bersantai-santai..

Night Walk (9.00 malam)

Night walk ni kami naik bukit untuk tengok bulan dan bintang. Ada tempat landing-landing berbaring-baring mengadap langit. Tapi tak ada orang buat macam tu pun. Hehehe.. Semua duduk-duduk kejap je, lepas tu turun balik. Berpeluh gak la sebab bukit tu boleh tahan tingginya. Gambar? Nan hado sebab gelappp..

Save Our Rainforest (9.30 malam)

Turun je dari atas bukit, aktiviti Save Our Rainforest mula. Aktiviti ni sebenarnya tayangan video tentang kempen cintakan alam dan selamatkan hutan. Tengok video tu memang sedih dengan keadaan hutan-hutan kita sekarang.

Lepas tayangan video Save Our Rainforest, kami ditayangkan pula dengan rakaman video siang tadi. Wahhh gambar kami 4 beranak banyak juga dalam tu. Tak sesia ibu rajin lambai staf yang pegang kamera tu. Hehe..

Peak Into Paradise (Morning Walk) ~ (6.45 pagi)

Kami terlepas aktiviti ni, sayang sungguh. Suasana pagi di sini sangat sejuk, walhal tak ada aircond pun. Air pun sejuk sebab kat sini tak ada water heater. Almaklum, konsep back to nature kan. Bila dah sejuk, masing-masing pun liat nak bersiap-siap dengan cepat.

Sarapan Pagi (7.30 pagi)

Bayangkan makan sarapan tepi sungai dengan hidangan kampung, serabai (lempeng) kelapa dan ubi rebus sama kelapa parut dan gula merah. Kawankan pula dengan air kopi. Fuhh.. Nikmat sungguh!

Ada juga pilihan bijirin dengan susu, roti bakar dengan pelbagai pilihan sapuan, nasi lemak dengan sambal sardin dan puri dengan kari ayam.

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Deretan pilihan minuman panas. Sebelah kanan sekali adalah teh misai kucing..

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Pilihan sarapan ala kampung..

Indoor Game

Lepas sarapan layan indoor game. Pagi ni ayah dan anak-anak main pingpong. Ada juga chess dan congkak.

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Ping pong..

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Jangan pandang belakang congkak..

Flying Fox

Flying Fox adalah salah satu aktiviti yang ditawarkan di Tanah Aina. Tapi tak masuk dalam pakej, kena bayar lain. Mereka kenakan bayaran RM30.00 satu kepala. Ibu terkejut bila Yusuf dan Maryam bagi tahu mereka nak join. Wahh.. Berani rupanya anak-anak ibu.

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Yusuf dan Maryam bersedia untuk ‘terbang’..

Flying fox di Tanah Aina Farrah Soraya

Meluncur dari atas bukit melintasi pohon-pohon durian menghijau. Tapi buah dah takde la..

Mandi Sungai Lagi..

Selesai aktiviti flying fox masih banyak lagi masa sebelum check out. Jadi En Ayah dan anak-anak tukar baju dan mandi sungai lagi. Ibu sekadar memerhati sambil santai-santai di beranda chalet.

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya

Mandi manda depan bilik je..

Check Out (12.00 tengahari)

Berat hati untuk melangkah, namun terpaksa kuturutkan jua. Ecehhh.. Betul, memang rasa sedih masa nak balik. Sedih nak tinggalkan suasana dan kedamaian di sini. Maryam siap kata; “Ibu, tak nak balik boleh?” Ehhh.. Tak boleh. Ini bukan rumah kita. Huhu..

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Mengabadikan kenangan sebelum meninggalkan Tanah Aina Farrah Soraya..

Percutian 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya..

Selamat tinggal Tanah Aina Farrah Soraya..

Selepas serah kunci, kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda untuk di bawa ke lokasi tempat meletak kereta. Tinggallah Tanah Aina Farrah Soraya yang penuh kenangan manis. Kami pasti akan kembali lagi.

Entry catatan 2 hari 1 malam ibu telah pun berakhir, tapi jangan lupa nantikan kemunculan entry khas untuk bilik penginapan kami Honeymoon Chalet Pudina dan entry khas aktiviti kami meredah hutan, sungai dan lompatan ‘leap of faith’ setinggi 15 kaki.

Kemaskini: Ibu dah buat review entry tentang Honeymoon Chalet Pudina. Jemput baca ya. Klik!

Hingga jumpa lagi.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

‘Mendidik anak cintakan alam dan kedamaian’.

(Visited 1,588 times, 4 visits today)

You may also like...

8 Responses

  1. Ayu says:

    Wah, menarik ni, leh hntr proposal kat asben ni..
    Ayu recently posted…ATASI LUKA JAHIT BERSALIN YANG TERBUKA DENGAN CEPATMy Profile

  2. Uncle Zuan says:

    seronoknya. nampak tenang sungguh
    Uncle Zuan recently posted…6 Tarikkan Menarik Di The Shore MelakaMy Profile

  3. NORYANIL ASMAHANI MOHD SALIM says:

    Baru survey tempat ni dlm web..ingat nk bwk anak2 ke sini. Tp saya ada baby 11 bulan. Rasa mcm x dpt nk enjoy pulak..takut saya yg terperap kt bilik dgn baby. Ada suggestions or opinion utk bantu saya? Nk bercuti kat mana ye?.

  4. sarah says:

    Puan,

    Semua ni berapa kos yang terlibat ye? macam menarik je :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge