Petua Merawat dan Mengatasi Senggugut

Pernah senggugut tak? Ibu pernah, tapi alhamdulillah saaaaaaangat jarang. Setakat sakit-sakit pinggang dan punggung, lenguh-lenguh dan tak selesa pada perut tu adalah. Tapi ramai dari kalangan kawan-kawan ibu, bila kena senggugut tak tertanggung rasanya katanya. Ada yang sampai bergolek-golek, berguling-guling, tertonggeng-tonggeng, terbongkok-bongkok sebab tak tahan nak menanggung sakit tu..
 .
Tadi ibu google petua-petua yang boleh diamalkan untuk merawat dan mengatasi senggugut ni. Banyak petua yang dikongsikan oleh rakan blogger, tapi ibu ambil dari blog 101 Petua untuk dikongsikan di sini.

Petua Merawat dan Mengatasi Senggugut

Antara petua merawat dan mengatasi senggugut yang dicadangkan adalah:
 .
Petua 1Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Petua Merawat dan Mengatasi Senggugut
Selain petua di atas, meletakkan sesuatu yang hangat pada perut juga dapat membantu melegakan sedikit rasa sakit.
 .
Yang ini ibu sendiri pernah buat masa tiba-tiba sakit perut dulu, cuma masa tu bukan senggugut sebab baru habis berpantang bersalinkan Yusuf. Doktor kata angin, wallahua’alam. Memanglah sakit tak hilang tapi sedikit lega sampai boleh la lelapkan mata.
 .
Sapu minyak angin pun antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk melegakan rasa sakit akibat senggugut. Perut akan rasa hangat dan berangin dan dapat memberi kesan kelegaan..
 .
Ada satu blog ni mencadangkan ambik ubat tahan sakit atau panadol menstrual. Ada juga blog yang mengesyorkan pengambilan EPO.
 .
Tetapi ibu secara peribadi lebih bersetuju jika ambil sesuatu pilihan yang semulajadi dan mengambil ubat tahan sakit sekiranya sangat perlu sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 79 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge