10 Aktiviti Anak-anak Dalam Kenderaan Semasa Perjalanan Jauh

Puan Zeti (bukan nama sebenar) merungut. Dia merasakan perjalanan balik kampung suaminya di Kelantan sangat panjang. Bukan dia bosan dengan perjalanan panjang, tapi dek letih melayan anak-anak yang kebosanan.

Terus ibu terus teringat zaman-zaman perjalanan balik kampung En Suami masa Yusuf dan Maryam masa kecik-kecik dulu. Masa highway tak siap sepenuhnya, perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Terengganu ambil masa 7 hingga 8 jam juga. Kalau cuti perayaan mahu mencapai 12 jam, lebih pun ada.

10 Aktiviti Anak-anak Dalam Kenderaan Semasa Perjalanan Jauh

10 Aktiviti Anak-anak Dalam Kenderaan Semasa Perjalanan Jauh

Ibu kongsikan di sini beberapa aktiviti yang kami buat dalam kereta.

1. Main teka teki

Ibu suka bagi anak-anak soalan teka teki untuk mereka teka. Tapi biasanya mereka juga akan memberi soalan kepada ibu ayah. Ada teka teki yang mereka belajar di sekolah, ada juga teka teki yang mereka cipta sendiri. Kadang-kadang soalan mereka jadi mengarut, tapi itu yang akan menceriakan suasana dan buat kami bergelak ketawa.

2. Bijak sifir

Untuk anak-anak kecil, mungkin boleh dimulakan aktiviti santai seperti mengira tiang lampu di tepi jalan atau kereta kereta yang memotong kenderaan kita. Untuk anak yang sudah bersekolah, boleh buat soal jawab kira-kira. Boleh juga minta mereka menyebut semula sifir yang telah mereka hafal.

3. Membaca

Ini aktiviti kegemaran Maryam. Budak ini masa kecik sana sini memang kelek buku. Abangnya Yusuf bukanlah kaki buku sangat, tapi bila dapat yang baru, maka ralitlah dia dengan buku barunya. Tapi ibu tak boleh la, sakit kepala bila membaca dalam kenderaan yang bergerak.

Untuk anak-anak yang baru pandai mengenal nombor, huruf, atau membaca, boleh ajak mereka sama-sama membaca papan tanda yang ada di tepi jalan atau membaca plat kereta di hadapan.

4. Hafal doa dan surah

En Ayah sering memutarkan cd bacaan Al Quran dalam kereta. Bila bacaan surah lazim berkumandang, ibu akan minta Yusuf dan Maryam baca bersama-sama. Atau pun, ibu minta mereka bacakan apa-apa surah yang mereka hafal.

5. Menulis dan Mewarna

Aktiviti ini hanya Maryam seorang yang pernah buat dalam kereta. Bukan setakat buku, bekas pensil dia yang penuh dengan pensil dan pensil warna pun sentiasa dikelek ke sana kemari.

6. Main Game

Ini aktiviti paling anak-anak suka. Biasanya telefon bimbit ibu dan ayah yang menjadi mangsa. Cuma masa Yusuf dan Maryam kecil, telefon bimbit ibu dan ibu ayah tidaklah canggih mana. Biasa-biasa sahaja. Entah-entah masih game ular. Hehehe..

7. Menonton video

Masa Yusuf dan Maryam kecil, telefon bimbit belum canggih seperti sekarang. Tapi kami ada ‘DVD Player’ dalam kereta. Macam-macam koleksi cerita mereka ada, dari kartun hinggalah koleksi lagu kanak-kanak dan nasyid.

8. Menyanyi

Kadang-kadang bila En Ayah mula mengantuk, ibu minta anak-anak menyanyi untuk meriahkan suasana. Kanak-kanakkan suka menyanyi. Bila menyanyi, mereka rasa suka hati. Jadi kuranglah bosan yang boleh melanda dalam perjalanan jauh.

9. Makan

Ini adalah aktiviti yang ibu tak berapa galakkan dalam kenderaan. Makan-makan akan menyebabkan sepah dalam kereta juga tangan jadi berlengas. Tapi buat juga. Biasanya aktiviti ini akan bermula bila ayah mengantuk dan makan-makan sambil memandu untuk hilangkan rasa mengantuk. Bila ayah makan, anak-anak (dan tentunya ibu sekali) akan sertai aktiviti makan-makan. Tapi tak apa, tisu lembab sentiasa ada dalam kereta kami. Tiada lagi masalah tangan berlengas dan mulut comot, cuma sedikit sepah.

10. Tidur

Tidur pun aktiviti ke? Boleh la masuk kategori. Haha.. Tidur bukan aktiviti kegemaran anak-anak. Biasanya mereka tertidur, sama ada kerana sangat mengantuk atau sudah tak tahu nak buat apa. Paling lama pun mereka hanya akan tidur selama satu jam. Jika perjalanan malam, suka atau tidak mereka terpaksa tidur. Tapi, kenapa dengan ibu ya? Mudah sangat tertidur dalam kereta.

Sekarang alhamdulillah, boleh lalu highway sampai kampung. Tinggal sediakan duit tol sahaja. Yusuf dan Maryam pun dah besar, pandai-pandai nak urus kebosanan diri. Hehe..

Sekadar berkongsi cerita tentang seorang ibu dan anak. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

(Visited 154 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge