5 Tips Bantu Anak Gagap

Gagap ialah keadaan di mana pertuturan menjadi tidak lancar atau tersekat-sekat. Kebiasaannya, kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun mengalami tempoh kegagapan dalam proses perkembangan bahasa mereka. Semasa bercakap mereka sering tersekat-sekat, mengulangi suku kata, perkataan atau ayat, pemanjangan sesuatu bunyi perkataan atau berhenti ketika bercakap.

Ini bukanlah fenomena luar biasa. Hampir 5% kanak-kanak mengalami kegagapan normal pada usia ini. Kadang-kadang ini terjadi disebabkan oleh kanak-kanak terlampau penat, gembira, teruja untuk bercakap atau ingin bercakap dengan pantas.

Walaubagaimanapun, jika pengulangan perkataan melibatkan kepayahan dan ketegangan otot-otot yang ketara di kawasan muka dan mulut, serta mengalami kegagapan lebih 10 perkataan daripada 100 perkataan, anak tersebut dilihat memang mempunyai masalah kegagapan.

Tips bantu anak gagap

5 Tips Bantu Anak Gagap

Semakin meningkat dewasa, kanak-kanak akan semakin menyedari masalah pertuturan yang di alami. Oleh yang demikian, kegagapan meningkatkan rasa malu di kalangan kanak-kanak. Ini mengakibatkan kanak-kanak rasa kurang yakin diri untuk berkomunikasi. Selain itu, rakan sebaya mula menyedari masalah ini dan mula mengejek.

Berikut merupakan antara tips yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak gagap:

1. Bercakap secara tenang dan tanpa tergesa-gesa

Tunggu seketika dalam beberapa saat sebelum memberikan respon kepada anak selepas mereka habis bercakap. Model bercakap dengan tenang dan lancar adalah lebih berkesan berbanding memberi komen atau nasihat tentang bagaimana mereka bercakap.

2. Model percakapan yang lancar

Bercakap dengan menggunakan ayat-ayat pendek dan mudah. Elakkan meminta anak bercakap dengan betul setiap masa

3. Wujudkan peluang

Beri peluang untuk anak bercakap dengan tenang, harmoni dan gembira

4. Jadi pendengar yang baik

Dengar apa yang dituturkan oleh anak sehingga habis, tanpa perlu menyudahkan atau membetulkan ayat yang dituturkan oleh anak.

5. Kurangkan bertanya kepada anak.

Banyakkan komen atau perjelaskan apa yang dituturkan oleh anak berbanding bertanya banyak soalan mengenainya. (sumber)

Selain mempraktikkan tips di atas, ibu bapa digalakkan untuk membawa anak berjumpa dengan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) untuk mendapatkan penilaian dan rawatan yang sewajarnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

(Visited 50 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge