7 Tempat Menarik Bawa Kanak-kanak Bercuti Di Lembah Klang

Ketika artikel ini ditulis, cuti sekolah hujung tahun semakin hampir. Seperti tahun-tahun yang lepas, pada waktu ini ibu mula sibuk merancang aktiviti harian dan percutian untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah.

Merancang itu mungkin tidak begitu sukar, juga melaksanakan perancangan tersebut, tetapi halangannya ialah sama ada ibu dan ayah dapat cuti pada tarikh yang sama atau tidak? Bila tak dapat cuti yang sama, maka hanya hujung minggu dapat bawa anak-anak berjalan-jalan. Bila masa singkat, jalan selamat ialah bawa ke tempat yang dekat-dekat sahaja.

tempat menarik bawa anak bercuti di kuala lumpur

7 Tempat Menarik Bawa Kanak-kanak Bercuti Di Lembah Klang

Ibu buat carian internet tentang tempat menarik untuk anak-anak di sekitar Lembah Klang. Inilah hasilnya;

1. KidZania

KidZania memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai alam pekerjaan. Info lanjut tengtang KidZania boleh klik https://www.kidzania.com.my/

2. Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Terbaru, Menara KL tampil dengan tarikan terbaru iaitu KL Tower Sky Box. Sky Box ialah kotak lutsinar yang terletak berada di ketinggian 300 meter.

3. Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur terletak berhampiran Tasik Perdana. Banyak spisis burung yang dapat dilihat dan dikenali di taman ini.

4. Zoo Negara

Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan di negara ini. Zoo Negara telah dibuka dengan rasminya pada 14 November 1963 dan sehingga kini menjadi tempat tinggal lebih kurang5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

5. Planetarium Negara

Planetariun Negara   terletak di atas bukit di antara Pusat Islam dengan Muzium Negara.  Sebuah jejantas pejalan kaki  dibina untuk menghubungkan Kompleks Planetarium dengan Muzium Negara  Ianya adalah pusat yang menawarkan pameran astronomi menarik

6. Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti. Bangunan Pusat Sains ini mudah untuk dikenali dari jauh kerana ianyanya mempunyai rekabentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Terdapat berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi.

7. Taman Tema Air

Banyak taman tema air di sekitar Lembah Klang. Antaranya Sunway Lagoon di Sunway dan Wet World di Shah Alam.

Baiklah, cukup 7 dahulu. Kalau dah jalan semua tempat ni nanti ibu cari lagi. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

(Visited 2,959 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge