Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Sabtu dan Ahad baru-baru ini kami berstaycation di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya. Cuti sekolah dah mula, tapi letih ibu outstation ke Kelantan tak habis lagi. Jadi untuk tetap meraikan anak-anak ibu pilih ‘staycation’ berbanding ‘vacation’.

Ada beza ke? Ada, staycation ni kita bercuti dekat-dekat je dan aktiviti pun santai seperti di rumah. Kalau vacation percutian yang melibatkan perjalanan jauh. Ini ikut kefahaman ibulah ye. Hehe..

Dari Shah Alam ke Cyberjaya pun tak jauh, lebih kurang 30 minit macam tu. Dengan staycation, ibu dapat hilangkan letih outstation, dan anak-anak pun gembira. Janji duduk hotel kaedahnya.

Kami habiskan 2 hari 1 malam dengan aktiviti sekitar resort je. Santai-santai dalam bilik, mandi kolam dia yang best itu dan kalau keluar pun sebab cari makan.  Nak cerita aktivitipun, itu-itu aje, jadi kita buat review lah ye, best ke tak resort ni.

Penafian awal-awal, ini bukan penulisan berbayar. Sekadar berkongsi pengalaman percutian singkat kami.

Review Executive Deluxe Chalet di Cyberview Resort & Spa

Kita review bilik dulu. Booking last minute punya cerita, maka dapatlah kami Executive Deluxe Chalet di Cyberview Resort & Spa tanpa memilih. Semalam harganya RM390.00 termasuk sarapan untuk 2 orang dewasa. Mahal sikit tapi namapun tak ada pilihan. Ada, tapi yang lagi mahal. Hehe

Pesanan ibu, nak duduk bilik yang lebih murah, silalah buat tempahan lebih awal. Macam kami ni memang selalu main terjah je.

Bilik yang luas dan selesa

Masuk-masuk je, ibu sendiri terus cakap; wahhhh besarnya bilik. Nak bawak satu kampung pun boleh ni. Kalau bentang toto 3 helai pun masih ada ruang lagi tau.

Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Gambar ni diambil dengan kedudukan ibu berada di tengah-tengah bilik..

Katil yang besar dan tilam yang empuk

Bilik besar, katil pun besar. Boleh tidur atas tu 3 orang dewasa. Selesa pun selesa, duduk je tenggelam.

Hujung minggu di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Swafoto sekeluarga atas katil bertilam empuk..

Ada sofa bed

Sofa ni boleh dibuka menjadi katil. Boleh muat 2 orang. Cukup-cukup untuk kami berempat dan tak perlu minta katil tambahan. Bantal pun memang ada extra 2 biji dalam almari dan kami hanya minta tambah selimut sahaja.

Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Dari sofa bertukar menjadi katil..

Kemudahan wifi dan internet yang laju

Internet dia berdesup laju. Kekesalan ibu ialah bila tertinggal laptop di rumah sebab ada tugasan yang perlu ibu selesaikan. Tapi tak apalah, ada hikmahnya tu. Jadi masa ibu adalah 100% untuk keluarga.

Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Bilik ini lengkap dengan meja kerja dan internet..

Ada pantry

Bilik ni ada pantrynya sendiri, tapi kosonglah. Tak ada mikrowave bagai. Peti sejuknya bukan peti sejuk kecil yang biasa kat hotel tu tau, ini peti sejuk macam di dapur tu. Ada sinki juga, jadi nak masak air tak perlu ambik air di tandas. Depan almari pula ada meja makan yang comel.

Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Pantry

Ada kemudahan streka dan iron board

Ini isi dalam almari. Paling best iron dan iron board tu, tak payah mintak-mintak. Memang dah ada di sediakan. Ada penyembur serangga dan ubat nyamuk elektrik juga. Kami tak pasang, tak ada nyamuk pun.

Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Isi dalam almari..

Bilik air yang besar

Ada 4 bahagian tandas ni. Sinki dan cermin, bath tab, tandas duduk dan shower room. Untuk anda yang berjiwa kampung macam ibu, jangan risau. Ada paip air disebelah tandas duduk tu. Ibu paling tak suka kalau toilet tak ada paip air untuk mencuci. Huhu..

Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Cermin oh cermin.. Sebelah tu tab mandi, dan nampak dalam cermin shower room. Sebelahnya pulak ada tandas duduk..

Ada beranda menghadap tasik

Bilik ni ada beranda untuk lepak santai dan menghadap ke arah tasik buatan. Tasik ke kolam tah, tapi chalet kami nama ‘lake view. Tasik la kut. Hihi..

Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Kerusi untuk bersantai-santai..

Kemudahan buggy yang pantas dan tuntas

Bilik kami berasingan dari lobi utama, tapi tak jauh pun. Kalau berjalan tak sempat berpeluh. Pihak resort sediakan buggy kalau kita nak bergerak ke mana-mana dalam kawasan resort. Call je terus sampai. Cepat betul..

Percutian Singkat di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Masani hujan renyai-renyai. Siap payungkan lagi..

Review Cyberview Resort & Spa

Okey, kita review resort ni pulak. Lepas ibu buat tempahan, baru jumpa page dia di FB dan baca review-review yang ada. Alamak! Review mula-mula dah tak best. Huhu.. Tapi tak apa, redah je. Dan ini review kami pula pasal resort ni.

Check in

Orang-orang di barisan hadapan ni semua bermuka ketat. Tapi ibu positif je. Sebab macam ibu jugak, kalau tengok muka memang muka garang. Tapi hati ada baik. Hihihi..

Betullah, tak kenal maka tak cinta. Okey je layanan mereka dan lemah lembut. Urusan check in pun pantas dan tak ada masalah lambat macam yang diwar-warkan.

Oh ya. Semasa check in kena bayar deposit RM200.00. Sesiapa yang bayar cash tu, silalah stand by duit extra siap-siap.

Hujung minggu di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Hujung minggu di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Sekitar lobi

Welcome drink

Masa on the way ke sini ibu tertidur, jadi bila bangun tu agak mamai dan tekak rasa dahaga. Bila disua dengan welcome drink terus teguk dengan lajunya (tapi masih dengan gaya yang sopanlah). Tapi lepastu.. Oh myyyyyyy.. Air apa ini? Huhuhu..

Macam ada rasa halia dengan rempah-rempah yang tak dapat dikenalpasti rasanya. Sebab dah terkujat, lupa pulak nak tanya.

Hujung minggu di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Air yang errrrr.. Hehe..

Kolam renang

Percutian di hotel atau resort bersama-sama anak-anak tak lengkap rasanya kalau tak ada kolam renang. Kolam renang di Cyberview ni tak ada slide bagai, tapi antara kolam renang paling best yang ibu dah tengok.

Besarrrr, dan ada 4 tingkat. Tingkat atas sekali cetek je, bila ada apa-apa acara kolam ni akan di tutup. Masa kami datang ada majlis perkahwinan ala taman kat situ.

Tingkat bawah sikit, ini kolam paling luas dan kertinggiannnya berperingkat-peringkat. Paling dalam 1.5 meter. Paling ramai mandi kat sini. Kanak-kanak boleh, dewasa pun boleh.

Lepas tu, kolam bayi kut. Hehe.. Sebab paras buku lali je. Cuma yang tak bestnya ada bar di situ. Ada bar adalah tutttt. Silalah faham-faham sendiri ye.

Dan tingkat bawah sekali, kolam untuk kanak-kanak.

Hujung minggu di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Gambaran kolam renang dari web rasmi resort.

Gambar kami di kolam renang agak banyak, berat nanti kalau masuk semua di sini. Ibu masukkan dalam 1 album di FB bolek klik SINI.

Sarapan pagi

Bayaran bilik kami bersekali dengan sarapan pagi untuk 2 orang dewasa. Untuk Yusuf dan Maryam kena bayar lain tapi murah je. Hanya RM15.00 satu kepala. Makanan dia best, standard sebagaimana hotel besar-besar yang lain.

Hujung minggu di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Sarapan di The Verandah (nama restoren)

Aktiviti santai

Memandangkan tujuan kami datang sini memang untuk berstaycation, maka selain duduk dalam bilik, mandi kolam dan makan, kami layan juga aktiviti santai. Boleh pusing-pusing sekitar resort, main congkak dan dam. Ibu tak jumpa pula buaian di mana-mana, tak tahulah kalau terlepas pandang.

Resort ni terkenal juga dengan spanya. Sembunyi Spa nama diberi, tapi ibu tak masuk pun. Sebab datang sini nak manjakan anak-anak, bukan diri sendiri.

Resort ni juga ada tempat budak-budak main. Budak-budak kecik boleh lah, untuk Yusuf dan Maryam dah tak sesuai. Gym pun ada, pun kami tak masuk.

Hujung minggu di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Jangan pandang belakang congkak..

Hujung minggu di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Pergi ‘haji’ balik hari. Hehe..

Check out

Kami check out tepat jam 12.00 tengahari. Urusan berjalan lancar dan dipermudahkan. Alhamdulillah, tiada masalah langsung.

Penutup

Secara keseluruhan, kami berpuas hati berstaycation di sini. Kami tak alami pun perkara-perkara buruk sebagaimana yang ibu baca dalam review pengunjung yang lepas.

Untuk ibu bapa di sekitar Lembah Klang, kalau nak bawak anak-anak ke percutian singkat boleh lah cuba menginap di Cyberview Resort & Spa ni. Wah! Iklan free ni.

Sekian catatan ibu kali ini, semoga perkongsian ini walaupun sekadar catatan santai tapi dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

 

(Visited 1,853 times, 1 visits today)

You may also like...

2 Responses

  1. haniliza says:

    Wah..menariknya tempat ni…terimaksih kongsikan pengalaman yang menarik…

  2. Ros says:

    Wah.. Besar biliknya. Rasa macam nak pergi sekarang juga. Hihi.
    Ros recently posted…Resveratrol Mengurangkan Sakit Sendi Dan LututMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge