Semasa bercuti selama 2 hari 1 malam di Tanah Aina Farrah Soraya Resort yang lalu, ibu memilih untuk menempah Honeymoon Chalet sebagai penginapan. Bukan sebab nak honeymoon pun, hehe. Tapi setelah dikira-kira bilik ni paling ekonomi untuk kami berempat. Berapa kos percutian kami berempat di sini insyaallah ibu jawab di penghujung entry.
Honeymoon Chalet ada 4 iaitu Pudina, Selasih, Serai dan Pegaga. Kami dapat Honeymoon Chalet Pudina sebab difahamkan itu sahaja yang masih available. Mari review Honeymoon Chalet Pudina di Tanah Aina Resort ni best ke tidak?

Honeymoon Chalet Pudina
Review Honeymoon Chalet Pudina di Tanah Aina Resort
Jujurnya ada perkara yang best dan ada perkara yang tak best. Review ni ada menyentuh khusus tentang Pudina, dan juga ada menyentuh secara umum tentang Honeymoon Chalet.
Apa yang best tentang Honeymoon Chalet Pudina?
1. Bilik dia sangat sangat sangat cantik
Belum masuk lagi dah rasa wowww! Bila masuk lagi la woowwwww. Memang cantik sangat, dan dikatakan keempat-empat Honeymoon Chalet di Tanah Aina mempunya dekorasi yang hampir sama.

Dekorasi bilik yang cantik dan menawan

Dalam bilik disediakan air kosong, pemanas air dan teh misau kucing. Ada juga paket minuman 3 dalam 1
2. Suasana yang romantik
Suasana dalam chalet ni sangat romantik dan memang sangat sesuai untuk pasangan yang berbulan madu. Dah nama pun Honeymoon Chalet kan? Hehe..

Suasana yang romantik
3. Betul-betul di tepi dan menghadap sungai
Keempat-empat Honeymoon Chalet ini berada betul-betul di tepi dan menghadap sungai. Duduk dalam bilik sahaja pun dah terasa damai dengan muzik semulajadi deruan air sungai yang mengalir.
Tutup langsir kiri dan kanan, tapi biarkan pintu sliding terbuka. Pintu tu menghadap hutan, insyaAllah tak ada yang intai. Cuma ada waktu-waktunya sungai tu akan menjadi laluan river tracking. Itinerary dah dapat awal-awal, jadi dah boleh agak-agak timingnya.

Sungai di hadapan Honeymoon Chalet Pudina

Pandangan ke luar dari dalam bilik kami

Ruang santai di hadapan bilik..
4. Ada acces ke sungai
Dah la betul-betul tepi sungai, ada pula tangga yang menghubungkan antara beranda chalet terus ke sungai. Memang best la.. Rasa nak mandi sungai je terus turun ke bawah. Ada sekali tu nak ambik wudhuk, anak-anak turun tangga je ambik wudhuk di sungai..

Tangga yang menghubungkan chalet terus ke sungai
5. Sungai berkolam
Sungai di sini kebanyakannya cetek dan berbatu, tapi sebelah kanan Pudina ada satu kawasan agak berkolam. Kalau mandi dapatla tenggelamkan badan dan berenang-renang. Berenang bersama ikan-ikan sebab dalam kolam ni banyak ikan. Hihi..

Maryam menyeru ikan-ikan. Hihi..
6. Bilik yang besar
Honeymoon chalet menempatkan 1 katil kelamin dan muat untuk masukkan 2 lagi katil bujang tambahan. Dah masuk 2 katil tambahan pun masiha ada ruang yang lapang untuk solat dan lalu lalang.

Boleh memuatkan hingga 2 katil tambahan
7. Dekat dengan tempat makan
Antara 4 Honeymoon Chalet yang ada, Pudina paling dekat dengan tempat makan. Keluar bilik, seberang jambatan, jalan sikit dah jumpa tempat makan. Tanah Aina Farrah Soraya Resort ni kawasannya agak berbukit dan bertangga-tangga, jadi mana yang jauh tu kalau tak fit letih la juga.

Tempat makan yang juga betul-betul di sebelah sungai..

Tangga ni betul-betul sebelah meja makan yang kami duduk. Turun je terus ke sungai..
Apa yang tak best tentang Honeymoon Chalet Pudina pula?
1. Kurang privacy
Pudina terletak di tengah-tengah resort dan sebelah je dengan jambatan utama di sini. Ia akan menjadi laluan kepada pengunjung yang tinggal di Selasih, Serai dan Pegaga. Pudina juga bersebelahan dengan bangunan seperti gambar di bawah ni.

Di sebelah atas adalah dorm dan di sebelah bawah adalah dewan terbuka..
Depan bangunan ni pula ada kawasan lapang yang selalu dijadikan lokasi berkumpul untuk apa-apa aktiviti. Jadi suara-suara tu tembus juga la ke dalam bilik, dengar la juga riuh-riuh tu. Kalau nak privacy, pilih la Serai atau Pegaga. Dua chalet ni agak hujung sikit lokasinya.
2. Tandas dan bilik air berasingan
Sebenarnya keadaan ini adalah untuk semua jenis chalet dan dorm, memang tandas berada di luar. Tak jauh pun, beberapa langkah je. Cumanya Pudina ni tandas dia paling jauh kalau nak dibanding dengan Selasih, Serai dan Pegaga. Paling best Serai dan Pegaga, naik tangga sikit je dah jumpa tandas.
Apa lagi ha yang tak best? Hmmm.. Tak jumpa dah. Dua tu je kut. Yang lain hanya yang best-best belaka tentang Honeymoon Chalet Pudina ni.
Berapa kos bercuti 2 hari 1 malam di Tanah Ana Farrah Soraya Resort?
Ini soalan paling ramai tanya. Baiklah ibu jawab ye..
Sebenarnya berapa harga pakej adalah bergantung kepada jenis chalet atau dorm yang dipilih. Boleh layari www.tanahaina.com untuk info lanjut..
Kami pilih Honeymoon Chalet dengan 2 katil tambahan melibatkan kos RM1,134.20 untuk 2 hari 1 malam termasuk 4 kali makan, aktiviti jungle & river trekking, dibawa ke pelantar ‘leap of faith’, night walk dan morning walk..
Kami juga bayar extra RM30.00 satu kepala untuk aktiviti flying fox. Sebelum pergi ibu isi minyak RM50.00 (tak habis) dan tol dari Shah Alam +- RM20.00 pergi dan balik.
Untuk itinerary dan cerita aktiviti kami di sana selama 2 hari 1 malam boleh klik link ini..
Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan percutian ‘back to nature’ ini. En Ayah happy, anak-anak happy, maka ibu pun happy. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi.
Untuk percutian akan datang, kami target Tanah Aina Fahad pula. Kita glamping pula aka glamorous camping gituuu. Tapi tunggulah, mungkin tahun hadapan. Mudah-mudahan murah rezeki kami sekeluarga.
Sekian catatan ibu kali ini, semoga perkongsian ini walaupun sekadar catatan santai tetap memberi manfaat kepada yang membaca.