Makan Malam Atas Pokok di Abang Seafood Ikan Bakar Teluk Panglima Garang

Kami menghabiskan hujung minggu ini di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey. InsyaAllah cerita libur-libur hujung minggu tu ibu akan kongsikan kemudian.

Malam tadi kami keluar mencari makan tanpa tahu nak makan di mana. Kami main jalan je dan berhenti di kedai makan pertama yang kami jumpa. Sebelum tu ada lagi, tapi restoran Cina.

Abang Seafood Ikan Bakar di Teluk Panglima Garang

Perkara pertama ibu buat bila keluar dari kereta ialah tengok nama kedai. Restoran Abang Seafood Ikan Bakar namanya.

Elok kami sampai, alarm tanda masuk waktu Isyak di telefon ibu berbunyi. Tertulis di situ, “Isyak di Teluk Panglima Garang”. Maka tau lah ibu lokasi kami berada iaitu di Teluk Panglima Garang.

Kedai makan ni kalau dari arah Pulau Carey, sebelum round about ke Banting/ Klang tu. Jadi kalau dari arah Klang atau Banting, lepas round about ambik jalan arah ke Pulau Carey. Harap betul gambaran yang ibu bagi ni.

Makan Malam Atas Pokok di Abang Seafood Ikan Bakar Teluk Panglima Garang

Restoran Abang Seafood Ikan Bakar Teluk Panglima Garang

Dekorasi yang menarik

Melangkah je masuk, ibu dah terdetik; “mmmm.. nampak menarik tempat ni”.

Tarikan utama restoran ni ialah konsep pondok atau gazebonya yang ala kampung dengan atap berdaun nipah.

abang seafood & ikan bakar teluk panglima garang

Pondok beratap nipah..

Makan atas pokok?

Maaf, tu gimik ibu je. Sebenarnya pondok yang dibuat bertiangkan batang pokok dan binaannya agak tinggi. Siap ada daun-daun hijau melilit lagi. Sekali pandang memang macam betul-betul atas pokok.

Makan Malam Atas Pokok di Abang Seafood & Ikan Bakar Teluk Panglima Garang

Pondok bertiangkan batang pokok..

 

Makan Malam Atas Pokok di Abang Seafood Ikan Bakar Teluk Panglima Garang

Kenangan sekeluarga ‘atas pokok’..

Tapi sudahnya kami pindah ke bawah sebab lepas air sampai berduyun-duyun semut hitam keluar dari bawah alas meja.

Ikan Bakar Segar

Bila tengok je nama kedai makan ni ibu terus rasa nak makan ikan bakar. Bila disebut nama-nama ikan yang ada, ibu kata nak ikan jenahak. Adik yang bakar ikan tu pulak kata jenahak tak sesuai bakar. Tapi ibu nak jugak jugak ikan bakar. Hahaha..

Hasilnya. Tadaaaa..

Makan Malam Atas Pokok di Abang Seafood Ikan Bakar Teluk Panglima Garang

Boleh je pun. Ikan jenahak yang segar dan dibakar berempah. Sedapp..

Kami juga order lauk-lauk lain. Almaklum, petang tu sakan mandi kolam siap terjun slide bagai. Malam je semua kelaparan. Bila order dalam keadaan lapar, macam-macam diordernya. Tapi sekali sekala En Ayah nak belanja. Apa salahnya kan? Terima kasih abang.. 😀

Makan Malam Atas Pokok di Abang Seafood Ikan Bakar Teluk Panglima Garang

Betul-betul lapar punya order ni..

Harga yang berpatutan

4 gelas air, 4 pinggan nasi, semangkuk tomyam daging, semangkuk tomyang sotong, cendawan goreng, telur bungkus, telur dadar dan seekor ikan jenahak bakar harganya RM80.00 ++ sahaja.

Ibu tak tahu kategori harga ni murah atau biasa, tapi kalau banding dengan kedai makan di Shah Alam bagi ibu harga ni murah. Wallahua’alam.

Penutup kata

Akhir kata, kalau rasa tertarik pergilah cari kedai makan ni di Teluk Panglima Garang nuuu. Ini adalah perkongsian semata-mata. Bukan iklan berbayar ye. Kami sampai ke kedai ni pun tanpa sengaja. Hehehe..

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

(Visited 787 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge