Inspirasi Pemandu Teksi

Inspirasi Pemandu Teksi

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu jam 4.30 pagi tadi selepas 7 jam perjalanan dan berhenti 30 minit di R&R Gambang..

Sampai-sampai je bas diserbu dengan pemandu-pemandu teksi yang menawarkan perkhidmatan mereka. Tapi kami hanya ucap terima kasih sebab kami akan dijemput abang ipar En Ayah..

Sambil menunggu, ibu melihat situasi itu berulang-ulang. Setiap kali bas sampai mereka akan siap sedia dimuka pintu bas menunggu penumpang turun..

Ada masa, sampai bekejar-kejar dan berlari-lari bila bas berhenti agak jauh dari tempat mereka menunggu. Mereka buat perkara sama setiap kali mana-mana bas sampai. Jauh disudut hati ibu kagum dengan usaha itu..

Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Pemandu-pemandu teksi menjemput pelanggan-pelanggan mereka..

Mereka bukan sekadar menunggu pelanggan datang ke teksi mereka, tapi mereka jemput pelanggan-pelanggan itu..

Ia mungkin sekadar cerita pemandu teksi, tapi ia cukup memberi inspirasi kepada ibu. Sesungguhnya rezeki itu perlu dijemput dan bukan hanya ditunggu..

Dalam bisnes online contohnya, bukan sekadar post iklan di fb, blog, ig, dll kemudian hanya tunggu pelanggan datang mencari. Tapi perlu disusuli dengan usaha-usaha lain juga. Gerakkan diri, tonjolkan diri, cari pelanggan, dan paling utama jemput rezeki dengan meminta dari Yang Maha Kuasa..

Sekian catatan, inspirasi pemandu teksi..

Ibu Yusuf Dan Maryam
Hentian Bas MBKT
25.02.2017 5.00 am

(Visited 14 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge