Kebas-Kebas Rupanya Simptom Diabetes

Lagi cerita tentang kebas-kebas. Jika sebelum ini ibu berkongsi kisah seorang kenalan yang selalu rasa kebas kerana ganglion, kemudian cerita Kak Mun kebas-kebas kerana disyaki saraf terhimpit, kali ini lain pula ceritanya.

Kebas-Kebas Rupanya Simptom Diabetes

Encik Wahab (bukan nama sebenar) telah didiagnosis menghidap diabetes dan mengalami kerosakan saraf. Termenung panjang dibuatnya dan terasa kesal kerana mengabaikan rasa kebas-kebas dan berdenyut-denyut pada kakinya selama ini.

Hasil pembacaan ibu, hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi (pemotongan anggota tertentu tubuh) sekiranya penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil.

Kebas-kebas pada kaki

Gambar dari sumber Google

Kerosakan Saraf

Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian: ‘neuro’ yang merujuk kepada saraf dan ‘pati’ iaitu penyakit. Neuropati periferal pula ialah satu keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat, terutamanya pada tangan dan kaki.

Kepentingan Saraf

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik daripada otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelakkan anda daripada bahaya dan jauh daripada perkara yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Simptom Kerosakan Saraf

Tahap keseriusan simptom kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit dengan seorang pesakit yang lain. Anda mungkin berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan anda – tanda biasa kerosakan saraf akibat diabetes. Rasa terbakar dan tiada rasa juga ialah simptom biasa bagi kerosakan saraf. Kehilangan rasa sering membawa maksud anda mungkin tidak merasa kecederaan pada kaki. Mungkin terdapat paku tekan atau batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya. Sesetengah orang akan berasa kesakitan yang tajam mencucuk; manakala setengah orang pula merasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

Risiko Amputasi

Kemungkinan seorang penghidap diabetes untuk mengalami pemotongan pada kaki adalah lebih besar berbanding dengan individu lain yang sihat. Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar akan kecederaan yang mereka alami; ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki.

Arterial Periferal

Ramai penghidap diabetes turut menghidap penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka – seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan. Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?

Langkah pertama adalah dengan memastikan tahap glukos dalam darah berada pada julat normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya. Pemantauan tahap glukos dalam darah, pemakanan yang terancang dan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes atau insulin akan membantu mengawal tahap glukos dalam darah. Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya simptom-simptom akan berkurangan apabila terdapat pengawalan glukos yang baik. Pengawalan glukos dalam darah yang baik juga boleh mencegah atau melambatkan permulaan masalah-masalah yang selanjutnya. (sumber)

Ikhtiar Dengan Vivix

Ibu nak kongsikan, satu perkongsian peribadi seorang pelanggan Shaklee yang berikhtiar dengan Vivix untuk masalah diabetes dan darah tinggi yang dialami ayahnya.

Testimoni Vivix membantu masalah diabetes dan kencing manis

Ikhtiar masalah diabetes dan darah tinggi dengan Vivix

Bagaimana Vivix Membantu Masalah Kebas dan Saraf Akibat Diabetes?

Vivix adalah minuman campuran botani revolusi terbaru yang mengandungi resveratol dan polifenol . Ia membantu:

  • Mengurangkan keradangan saraf dan kesakitan secara keseluruhan
  • Memperbaiki sel yang terdapat pada saraf.
  • Membantu meningkatkan penghasilan tenaga pada sel saraf
  • Menyekat pertimbunan AGE protein. AGE menyebabkan kemerosotan pelindung sel (myelin) dan memperlahan inpuls saraf.
  • Menghalang pembentukan protein AGE. AGE juga menyebabkan sambungan silang protein kolagen di sekitar sendi menjadi kurang fleksibel dan tisu tulang menjadi rapuh

Untuk info lanjut, boleh klik artikel Vivix™ ~ Untuk Kesihatan Menyeluruh.

Bagaimana untuk mendapatkan Vivix?

Pembelian Vivix boleh dibuat secara online dan pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit dan debit. Klik!

Beli Vivix online

Walaubagaimanapun, untuk pertanyaan lanjut, konsultasi, nak jadi ahli atau nak tahu harga jimat, dialu-alukan untuk hubungi ibu. InsyaAllah ibu akan bantu anda.

Zefa NorAsmara binti Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Independent Distributor (ID 909824)
011-11537821
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 221 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge