Keriangan Keluarga di Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Carey

Ini kisah libur-libur kami hujung tahun lepas bertarikh 03-04 Disember 2016. Alaaa, yang ibu sebut dalam entry Makan Malam Atas Pokok tu. Maafla, dah beralih tahun baru nak tulis.

Amverton Cove Golf & Island Resort ni sebuah resort dan kelab golf yang terletak di Pulau Carey, dalam daerah Kuala Langat. Tak jauh pun dari Shah Alam, lebih kurang 35km dengan sejam perjalanan.

Keriangan Keluarga di Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Carey

Kami ambil ‘Family Fun Package’ hujung minggu berharga RM488.00 untuk 2 hari 1 malam termasuk bilik penginapan, sarapan untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak, boat ride, Animal Island, achery dan kayak.

Deluxe Room

Family Fun Package Amverton Cove Golf & Island Resort 3

Deluxe Room Amverton Cove Golf & Island Resort

Ini bilik untuk ‘Family Fun Package’ yang kami ambil. Ada 2 katil bujang bersaiz besar dan 1 katil tambahan yang memang dah termasuk dalam pakej..

Kalau bilik sahaja tanpa pakej, harga bilik ni untuk hujung minggu RM388.00 termasuk sarapan untuk 2 orang dewasa sahaja. Untuk extra bed pula harganya RM60.00 termasuk sarapan. Sarapan untuk kanak-kanak pulak RM25.00 seorang.

Cer kira berapa dah di situ? Rasanya jimat yang mana? Ini baru cerita harga bilik, belum cerita aktiviti-aktiviti kat sini lagi. Oh ya, kalau pergi hari biasa bayaran akan kurang RM100.00

Deluxe Room Amverton Cove Golf & Island Resort

Deluxe Room Amverton Cove Golf & Island Resort

Boat Ride

Boat ride @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Boat ride @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Salah satu aktiviti di Amverton Cove ni ialah boat ride. Bot ni akan bawa kita dari resort ke Animal Island, ronda-ronda sekitar tasik dan balik semula ke resort.

Boat Ride ni termasuk dalam ‘Family Fun Package’ yang kami ambil. Kalau duk hotel saje dan nak naik bot ke Animal Island tu kena bayar RM15.00 seorang.

Animal Island

Animal Island @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Animal Island @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Resort ni luasss. Ada padang golf, ada tasik, ada pulau. Pulau ni ada haiwan dan dinamakan Animal Island. Tak banyak pun haiwannya, tapi bolehlah. Budak-budak memang suka.

Nak sampai ke Animal Island ni kena naik bot. Dah nama pun pulau kan? Bayaran masuk ke Animal Island ni sekali dengan boat ride, RM15.00 satu kepala. Macam kami berempat, dah RM60.00.

Tapi sebab kami ambik pakej maka lebih jimat lah kos yang kami keluarkan.

Animal Island @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Animal Island @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Swimming Pool

Swimming pool @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Swimming pool @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Pergi mana-mana hotel pun, swimming pool lah yang paling dikejar-kejar oleh anak-anak. Kolam di Amverton Cove ni best sangat-sangat sebab ada slide. Yehuuuu! Bukan budak-budak je suka, ibu pun tumpang sekaki meluncur. Hehe..

Swimming pool @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Swimming pool @ Amverton Cove Golf & Island Resort

The Rabbit Room

The Rabbit Room @ Amverton Cove Golf & Island Resort

The Rabbit Room @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Masa mula-mula sampai, Maryam ingat ni tempat tengok arnab. Tapi ibu tahu dah ini tempat makan sebab ibu yang urus tempahan hotel. Dah tengok dan survey-survey pasal Amverton Cove ni kat web dia.

Sarapan kat sini biasa-biasa je tapi boleh lah. Sebab kami bayar pakej, jadi tak terasa sangat. Kalau duduk hotel sahaja, dan nak sarapan di sini anak-anak kena bayar lain. RM25.00 seorang kanak-kanak (4 tahun ke atas), maaf kata tak berbaloi lah. Baik bawak makan di luar.

The Rabbit Room @ Amverton Cove Golf & Island Resort

The Rabbit Room @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Kids Game Room

Kids Game Room @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Kids Game Room @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Kids Game Room ni free, tak ada bayaran masuk. Semua pelawat hotel boleh bawak anak-anak main kat sini. Tapi siaplah, dah masuk memang budak-budak tak mahu keluar. Bertabahlah untuk yang anak-anaknya kecik lagi tu.

Paddle Boat

Paddle boat @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Paddle boat @ Amverton Cove Golf & Island Resort

Boat ride, done. Animal Island, done. Achery dan kayak? Alkisahnya tempat memanah tu becak sebab masa kami pergi tu memang musim hujan. Jadi kami ditawarkan paddle boat dengan tambahan bayaran RM10.00. Bincang punya bincang, akhirnya kami batalkan kayak sebagai ganti bayaran RM10.00 tu. Lagipun kayak tu boleh main 2 orang je dan tak larat nak mendayung pun. Maka mengayuhlah kami ‘Si Itik’ di tengah-tengah tasik yang luas.

Family Fun Package Amverton Cove Golf & Island Resort

Pemandangan indah yang sempat ibu ambik sambil mengayuh

Aktiviti-aktiviti lain

Selain aktiviti-aktiviti yang ibu sebutkan tu, banyak lagi aktiviti sebenarnya. Nak cuba semua, tak cukup duduk sini 2 hari 1 malam. Antaranya ATV (dewasa dan kanak-kanak), paintball, flying fox, abseiling, dan lain-lain.

Facilities

Amverton Cove juga menyediakan kemudahan-kemudahan lain macam gymnasium, karaoke, pool table dan kedai serbaneka. Dah macam ayat iklan la pulak. Huhu..

Ini bukan iklan berbayar tau. Ini perkongsian ikhlas ibu. Ibu gembira kat sini dan rasa berbaloi cerita kat kawan-kawan pula.

Penutup

Rasa cukup dah cerita ibu. Maaf gambar-gambar ni hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat diupload kat sini. Gambar-gambar lain boleh tengok di FB Ibu Yusuf dan Maryam ibu dah masukkan dalam 1 album.

Sekian catatan ibu kali ini, semoga perkongsian ini walaupun sekadar catatan santai tapi dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 243 times, 1 visits today)

You may also like...

4 Responses

  1. Asyrafiah says:

    Walaupun Asy duduk port klang, belum sempat lagi sampai ke sini.

    Bestnyaaaaa. Nak pergi juga!

  2. Syu amir says:

    Boleh plan pergi nie…ncm best je swimming pool n kids room tu
    Syu amir recently posted…Apa Akan Berlaku Jika Ibu Tidak Mengosongkan Cik B?My Profile

  3. jida says:

    Info yang berguna kak. Tq for sharing. Sesuai kalau nak bawak family ke sini
    jida recently posted…Status Halal Shaklee 2017My Profile

  4. Ros says:

    Banyak juga aktiviti untuk anak-anak di sini.
    Ros recently posted…Resveratrol Mengurangkan Sakit Sendi Dan LututMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge