Tidak Aktif Punca Utama Kencing Manis

Encik Faiz (bukan nama sebenar) berusia 30 tahun dan masih bujang. Beliau adalah seorang eksekutif pemasaran disebuah syarikat swasta yang selalu sibuk dengan urusan pejabat dan selalu keluar berjumpa dengan pelanggan.

Semua itu menjadi alasan dia sering makan dan minum-minum di luar. Makanan segera dan minuman manis sering menjadi pilihan.

Sibuk dengan urusan kerja juga menjadi alasan Encik Faiz tidak sempat bersenam. Bangun pagi celik mata terus bersiap ke pejabat dan balik semula ke rumah lewat malam. Gaya hidup ini berlarutan semenjak beliau berusia 25 tahun lagi. Dipendekkan cerita, beliau disahkan menghidap kencing manis.

Tidak Aktif Punca Utama Diabetes

Gambar sekadar hiasan dari sumber Google

Tidak Aktif Punca Utama Kencing Manis

Kencing Manis atau diabetes boleh dianggap sebagai ‘penyakit gaya hidup’ kerana ia lebih lazim dialami oleh kalangan orang yang tidak aktif, mempunyai berat badan berlebihan atau obes, peningkatan usia dan mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga.

Diabetes Melitus

Diabetes sering dirujuk oleh doktor sebagai Diabetes Mellitus. Diabetes Mellitus merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa masuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat.

Diabetes Mellitus terbahagi kepada 2 jenis:

1. Diabetes Mellitus Jenis 1 (Type 1)

2. Diabetes Mellitus (Type 2)

Secara ringkasnya, diabetes jenis 1 kekal sepanjang hayat tetapi boleh dikawal dengan menggunakan insulin. Manakala, diabetes jenis 2 biasanya dihidapi disebabkan oleh amalan gaya hidup yang tidak sihat dan boleh dicegah, iaitu menerusi kombinasi senaman, pemakanan yang sihat dan kawalan berat badan.

Gejala Diabetes

Antara gejala diabetes yang paling umum adalah termasuk kerap kencing, rasa teramat haus dan lapar, kenaikan berat badan, kehilangan berat luar biasa, kelesuan, luka dan lebam yang tidak sembuh, disfungsi seks lelaki serta rasa kebas pada tangan dan kaki.

Jika anda menghidap diabetes, anda mempunyai kebarangkalian dua kali lebih tinggi berbanding seseorang yang tiada diabetes untuk mengalami sakit jantung dan strok. Penghidap diabetes juga cenderung untuk mengalami sakit jantung atau strok pada usia lebih awal daripada orang lain.

Cara Merawat Kencing Manis

Dari segi perubatan moden, penyakit kencing manis tidak dapat diubati, tetapi boleh dikawal. Matlamat utama dalam rawatan penyakit kencing manis adalah untuk mengurangkan tahap gula dalam darah, dari kadar yang luar biasa ke tahap gula lebih rendah dan normal.

Ikhtiar Dengan Vivix

Berikut adalah satu perkongsian peribadi seorang pelanggan Shaklee yang berikhtiar dengan Vivix untuk masalah diabetes yang dialaminya.

Testimoni bacaan gula normal setelah mengambil Vivix

Testimoni bacaan gula normal setelah mengambil Vivix

Bagaimana untuk mendapatkan Vivix?

Pembelian Vivix boleh dibuat secara online dan pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit dan debit. Klik!

Beli Vivix online

Walaubagaimanapun, untuk pertanyaan lanjut, konsultasi, nak jadi ahli atau nak tahu harga jimat, dialu-alukan untuk hubungi ibu. InsyaAllah ibu akan bantu anda.

Zefa NorAsmara binti Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Independent Distributor (ID 909824)
011-11537821
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 37 times, 1 visits today)

You may also like...

1 Response

  1. jida says:

    Dah lama tak bersenam. Kena cari aktiviti yg boleh keluarkan peluh. Takut juga bila usia dah semakin banyak ni.
    jida recently posted…Suplemen Yang Berkesan Untuk Pesakit Kencing ManisMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge