Cara Merawat Sakit Lutut

Dua hari lepas, saya ada menulis tentang perkongsian beberapa orang yang mengalami masalah sakit lutut (osteoartritis) dan menemui kesan positif selepas berikhtiar dengan sejenis suplemen. Walaubagaimanapun, dari segi perubatan apakah rawatan yang sesuai untuk masalah sakit lutut?

cara rawat sakit lutut

Cara Merawat Sakit Lutut

Menurut satu catatan di www.drhidayat.com tujuan utama rawatan osteoartritis adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki fungsi sendi supaya pesakit dapat melakukan aktiviti-aktiviti harian. Rawatan boleh dibuat sendiri secara fizikal atau pun secara farmakologi (ubat-ubatan).

Rawatan Fizikal

Pek ais dan pek panas

Rawatan dengan menggunakan pek ais amat berguna sekiranya terdapat sakit sendi lutut yang akut (tiba-tiba). Untuk mengurangkan kekakuan sendi, rawatan dengan pek panas adalah berkesan.

Senaman

Senaman untuk menguatkan otot hadapan peha (quadriceps) adalah penting untuk menstabilkan sendi lutut. Pada masa yang sama, senaman untuk menggerakkan sendi lutut diperlukan untuk mengurankan kekakuan sendi lutut.

Alat sokongan

Anda boleh menggunakan seperti tongkat, ‘knee brace’ untuk menurangkan beban ke atas sendi lutut tetapi jangan gunakan untuk jangka masa yang panjang kerana ia akan menyebabkan anda bergantung sepenuhnya dengan bantuan tersebut.

Rawatan Farmakologi

Ubat-ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit arthritis sendi lutut boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama adalah ubat yang mengurangkan simptom dan tanda-tanda. Kategori yang kedua adalah untuk mengubah struktur lapisan rawan sendi lutut.

1. Ubat tahan sakit

Ubat-ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan termasuk paracetamol dan tramadol amat biasa digunakan untuk mengurangkan sakit sendi, terutamanya bagi pesakit yang mempunyai gastritis dan ulser perut. Kegunaan NSAIDS dan COXIBS akan memburukkan lagi keadaan tersebut.

2. Ubat-ubat Anti-Inflamasi Bukan Steroids (NSAIDS)

Kumpulan ubat ini adlaah penting untuk mengurangkan komponen inflamasi penyakit osteoartritis. Pesakit yang kerap hadapi tanda-tanda seperti bengkak sendi, sakit dan panas sendi perlu dirawati dengan kumpulan ubat anti-inflamasi ini.

Walaubagaimanapun, ubat-ubat ini boleh menyebabkan gastrik dan mengganggu fungsi buah pinggang terutamanya di kalangan orang tua. Justeru, ubat ini patut diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa yang pendek.

3. Penghalang Cox-2

Kumpulan ubat ini bertujuan mengurangkan kesan sampingan ubat anti-inflamasi NSAIDS. Umpanya Etoricoxib, Celecoxib, Meloxicam adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawati penyakit artritis dan rheumatism. Ubat -ubat ini tidak sesuai untuk pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit arteri koronari, angin ahmar serta penyakit alahan pada ubat-ubat ini. Ubat ini juga patutu diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa paling pendek.

4. Glucosamine Sulfate

Glucosamine, adalah sebahagian daripada aminomonosaccharide glucosamine semula jadi yang mempunyai saiz dan berat molekul yang kecil, 179 daltons. Ia adalah sebahagian daripada lapisan rawan pada permukaan sendi serta cecair sendi synovium.

Berbagai penyelidikan perubatan telah menunjukkan betapa berkesannya glucosamine sulfate dalam mengurangkan tanda-tanda sakit serta meningkatkan pergerakan pada sendi. Penggunaan glucosamin sulfate pada jangka masa panjang juga dapat mencegah kerosakan struktur rawan pada sendi.

5. Chondroitin Sulfate

Chondroitin sulfate, sejenis glycosaminoglycan yang mempunyai saiz molekul yang amat besar, antara 10,000 hingga 40,000 daltons juga digunakan untuk merawati penyakit sendi 0steoartritis. Bahan ini didaftarkan sebagai suplemen makanan di Malaysia. Penyelidikan selanjutnya adalah perlu untuk menunjukkan keberkesanan bahan ini.

Kesimpulan

Masalah sakit sendi lutut atau osteoartritis sering terjadi dan boleh terjadi kepada sesiapapun. Sekiranya simptom-simptom awal dapat dikesan, segeralah mencari ikhtiar. Sekiranya penyakit sudah datang menyerang, segeralah dapatkan rawatan. Apapun ikhtiarnya, pilihlah yang diyakini selamat dan berkesan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Zefa NorAsmara binti Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 31 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge