Catatan Umrah ~ 4 Hari di Madinah

Alhamdulillah, satu lagi catatan pengalaman umrah selepas catatan Pengalaman Umrah Menaiki Sri Lankan Airlines Transit 8 Jam di Colombo. Catatan kali ini berkenaan sepintas lalu aktiviti kami di Madinah Al Munawwarah.

Catatan Umrah ~ 4 Hari di Madinah

Secara umumnya, di bawah ini adalah jadual program kami sepanjang di Madinah terutama untuk ziarah dalam dan luar. Selebihnya adalah aktiviti bebas yang mana kebanyakan jemaah banyak menghabiskan masa di Masjid Nabawi.

Jadual program sepanjang di Madinah

Jadual program sepanjang di Madinah

Hari Pertama di Madinah – 20 Mac 2017

Hotel

Kumpulan kami selamat tiba di Madinah beberapa minit sebelum waktu Subuh. Mutawif menyerahkan kunci, kami  bersegera check in dan membawa bag-bag kami masuk ke dalam bilik. Ramai yang tidak melepaskan peluang terus berjalan kaki ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.

Catatan Umrah Madinah

Bilik hotel kami, sebilik 3 orang

Ziarah Dalam Masjid Nabawi dan Raudhah

Pada jam 7.30 pagi selepas bersarapan, kami diminta berkumpul untuk aktiviti ziarah dalam Masjid Nabawi dan raudhah. Jemaah lelaki dipimpin oleh mutawif  kumpulan kami, manakala jemaah wanita akan bergabung dengan jemaah kumpulan lain. Beberapa orang ustazah memberi taklimat dan membawa kami ke raudhah.

Panjang kisah masuk raudhah ni, insyaallah ibu akan tulis satu entry khas pengalaman masuk ke raudhah. Alhamdulillah, sepanjang di Madinah ibu dapat masuk ke raudhah sebanyak tiga kali dengan setiap satunya pengalaman yang berbeza-beza.

Menunggu giliran masuk ke raudhah

Gambar ini ibu ambil ketika menunggu giliran masuk ke raudhah

Pasar

Selepas Asar kami berjalan-jalan cuci mata disebuah pasar berdepan dengan pintu 15 Masjid Nabawi. Pintu 15 adalah pintu yang terhampir dengan hotel yang kami duduki.

Pasar yang terletak setentang pintu 15 Masjid Nabawi

Pasar yang terletak setentang pintu 15 Masjid Nabawi

Merpati

Berhampiran dengan pasar ada satu kawasan lapang yang penuh dengan merpati berterbangan. Maryam ambil peluang bermain-main dan mengejar burung-burung yang ada.

Merpati di Madinah

Maryam yang teruja dan khusyuk memerhati merpati-merpati

Hari Kedua – 21 Mac 2017

Hari kedua kami dijadualkan akan dibawa oleh mutawif untuk ziarah luar. Antara lokasi yang ditetapkan ialah Masjid Quba’, ladang kurma, Jabal Uhud, melalui Masjid Qiblatain dan pasar kurma.

Masjid Quba’

Masjid Quba

Masjid Quba

Ladang Kurma

Pokok kurma di ladang kurma

Pokok kurma

Jualan kurma di ladang kurma

Pelbagai jenis kurma yang boleh dicuba secara percuma

Jabal Uhud

Jabal Uhud

Makam syuhada di Jabal Uhud

Bukit Memanah di Jabal Uhud

Bukit Memanah di Jabal Uhud

Masjid Saidina Hamzah di Jabal Uhud

Masjid Saidina Hamzah di Jabal Uhud

Masjid Qiblatain

Kami dibawa melalui Masjid Qiblatain sambil mutawif bercerita tentang sejarahnya. Atas kesuntukan masa, kami tidak singgah dan hanya melihat masjid ini dari dalam bas.

Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain

Pasar Kurma

Lokasi lawatan terakhir ialah pasar kurma. Pada pandangan ibu bukanlah pasar, tapi deretan kedai-kedai kecil.

Mutawif memang sudah berpesan, jika nak beli kurma lebih baik di pasar kurma berbanding ladang kurma. Benarlah, harga di pasar lebih murah dari di ladang.

Coklat dan coklat kurma

Coklat dan coklat kurma

Dek teruja membelek kurma dan jualan-jualan lain, ibu terlupa nak ambil walau sekeping gambar di pasar kurma. Dah naik bas, baru teringat.

Money Exchange

Selepas Asar kami mencari money exchange. Ada kawan kirim sedekah, tapi bagi duit RM last minute. Money Exchange ni terletak berhampiran pintu 17 Masjid Nabawi.

Money Exchange berdekatan dengan pintu 17 Masjid Nabawi

Money Exchange berdekatan dengan pintu 17 Masjid Nabawi

Aiskrim di Madinah

Aiskrim di Madinah

Aiskrim di Madinah

Hari Ketiga – 22 Mac 2017

Hari ketiga lebih kepada aktiviti bebas. Cuma awal pagi ada program bacaan yasin, tahlil dan taklimat. Kemudian, sehingga malam kami banyak menghabiskan masa di Masjid Nabawi

Hari Keempat – 23 Mac 2017

Hari ini hari terakhir kami di Madinah. Kami melaksanakan ziarah wada’ dan meninggalkan Madinah menuju ke Mekah lebih kurang pada jam 2.00 petang.

 

(Visited 11 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge