Pengalaman Masuk Raudhah di Masjid Nabawi

Dari segi bahasa, Raudhah maksudnya taman. Raudhah terletak di dalam Masjidil Nabawi dan merupakan salah satu lokasi yang mustajab untuk berdoa.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, “Antara rumahku dengan mimbarku adalah satu taman di antara taman-taman syurga” (HR. Bukhari no. 1196).

Pengalaman Masuk Raudhah di Masjid Nabawi

Alhamdulillah, sepanjang di Madinah ibu berpeluang masuk Raudhah sebanyak 3 kali dalam waktu yang berbeza.

1. Selepas Subuh
2. Selepas Zuhor
3. Selepas Isyak

Dan hanya inilah sahaja waktu di mana Raudhah dibuka untuk jemaah wanita, berbeza dengan jemaah lelaki yang boleh masuk 24 jam tanpa had waktu.

Pengalaman Masuk Raudhah Selepas Subuh

Kami sampai di Madinah pada 20.03.2017 sebelum Subuh. Selepas Subuh dan sarapan, kami diminta berkumpul semula untuk ziarah dalam Masjid Nabawi. Masani jemaah lelaki dan perempuan berpecah. Jemaah lelaki mengikut mutawif dan jemaah wanita dipandu oleh ustazah-ustazah bertugas.

Ibu nampak, ini salah satu kelebihan jemaah wanita di bawah Andalusia. Datanglah dengan group manapun, kapal terbang apa pun, di Madinah akan ada ustazah yang membimbing dan mengiring jemaah wanita ke Raudhah.

Sampai di Masjid Nabawi, jemaah wanita diasingkan pula mengikut kategori bangsa atau negara. Ada kumpulan Turki, ada kumpulan Arab, ada kumpulan India, dan sebagainya. Orang Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan mungkin beberapa lagi negara jiran di kumpulkan dalam satu kumpulan ‘berbahasa Melayu’.

Pesanan ustazah, apapun berlaku biar kita jadi orang terakhir. Jadi, walaupun kumpulan berbahasa Melayu sudah di suruh masuk, ustazah tetap minta kumpulan dari Andalusia tunggu.

Alhamdulillah, cara tu memang agak berkesan walaupun kena tunggu lebih lama. Sebab hakikatnya, ketika kumpulan berbahasa Melayu diminta masuk oleh polis yang bertugas, masih ramai jemaah berbangsa lain dalam Raudhah. Suasana sangat hiruk pikuk, ada yang bertolak-tolak dan memijak antara satu lain.

Akhirnya, sampai giliran kami. Walaupun keadaan masih berhimpit-himpit, tapi kemudiannya suasana menjadi semakin lengang kerana Raudhah sudah ditutup dan jemaah sudah mula diminta keluar.

Kami ambil kesempatan untuk menunaikan solat-solat sunat dan memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Kumpulan kami antara yang terakhir meninggalkan Raudhah sebelum ia ditutup untuk jemaah wanita. Alhamdulillah..

penagalaman masuk raudhah

Di bawah kubah hijau itulah Raudhah dan di situ jugalah makam Rasulullah saw..

Pengalaman Masuk Raudhah Selepas Zuhor

Lepas Zuhor 22.03.2017, ibu cuba masuk lagi ke Raudhah secara bersendirian. Maryam ibu tinggal di hotel sebab kasihan pengalaman masuk kali pertama, dia kena ‘penyet’ dengan mak-mak Arab yang berbadan besar tu. Huhu..

Tapi rezeki ibu, sampai di Masjid Nabawi jumpa ustazah. Maka tak jadilah misi bersendirian tu, berkumpulan juga sudahnya..

Alhamdulillah, jemaah wanita yang masuk ke Raudhah selepas Zuhor tidak berapa ramai berbanding waktu pagi. Walau pun tak seramai pagi, ustazah masih amalkan konsep Andalusia masuk akhir.

Kali ini rasa lebih tenang, dan dapat solat serta berdoa dengan lebih lama. Selesai je solat dan berdoa, Raudhah ditutup sebab waktu Asar dah nak masuk..

Pengalaman Masuk Raudhah Selepas Isyak

Percubaan ibu kali ke 3 masuk Raudhah adalah lepas Isyak 22.03.2017. Kalini tak jumpa dah ustazah. Cuma adalah jumpa dengan beberapa jemaah Andalusia dari group lain dan kami sama-sama bergabung. Masuk group ‘ berbahasa Melayu’ dan tunggulah sampai dipanggil..

Maryam pun ibu tinggal di hotel sebab tak tau lagi situasi sebelah malam macam mana.

Ya Allah, masyaAllah. Jemaah wanita saaaangaaaaattt ramai lepas Isyak malam tu. Setiap kali mana-mana kumpulan dipanggil polis untuk masuk, Masjid Nabawi seakan bergegar. Mereka berlari-lari merempuh masuk Raudhah. Suara jemaah dan polis menjerit sama naik sudahnya. Huhu..

Kumpulan berbahasa Melayu, macam biasa group terakhir dipanggil masuk. Ibu nak amalkan lagi ajaran ustazah, macam mana pun masuk akhir. Ingat, masuk last!

Tapi entah datang dari mana, belakang kami tiba-tiba masih raaaaaaamai jemaah dari kumpulan-kumpulan lain.

Kami dirempuh dari belakang dan terpaksa maju ke depan. Nak ke kiri tak boleh, ke kanan tak boleh, apatah lagi ke belakang. Allahu Allah..

Dalam kena rempuh tu, sampai juga ke karpet hijau. Tapi keadaan sangat sesak dan rempuhan dari belakang terus berlaku. Masa ni ibu dah mula menangis, tak putus-putus doa mohon keselamatan dan dipermudahkan segala urusan sehingga keluar Raudhah.

Ada satu ketika, tiba-tiba ada seorang makcik Indonesia yang kelihatan sangat uzur depan ibu. Kalau ibu tak bertahan memang lenyek mak cik tu ibu rempuh sebab ibu pun kena rempuh dari belakang.

Ibu bertahan dengan segala kudrat yang ada sebab nak elak merempuh makcik tu. Masa ni air mata jangan katalah, memang terhambur. Takut, sakit, terharu sebab dapat masuk walau keadaan kalut, semua ada..

Dalam keadaan tak terkawal tu, Allah izinkan ibu dapat berdiri diam di satu sudut. Memang tak dapat solat masatu, tapi ibu terus doa, doa dan berdoa.

Selesai doa, ibu terus keluar. Masa tu Ya Allah, sakitnya badan hanya Allah swt yang tahu. Sampaikan masa tu rasa nak merangkak balik hotel..

3 Pengalaman Berbeza

pengalaman masuk raudhah di masjid nabawi madinah

Bukti untuk kenangan, bahawa kaki ini telah menjejaki raudhah..

Alhamdulillah, walaupun cuma 3 kali dapat masuk Raudhah, ibu syukur sangat-sangat. Apatah lagi, Allah beri peluang rasa pengalaman berbeza setiap kali dapat masuk.

Semoga catatan ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada yang belum pergi. Dan kepada kawan-kawan yang dah pergi, sudi-sudikanlah juga berkongsi pengalaman.

Ibu Yusuf dan Maryam
Mencatat Kenangan Tanah Haram

(Visited 69 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge