Program ‘Spring Cleaning’ Majlis Bandaraya Shah Alam Menjelang Aidilfitri 2017

Setiap tahun semasa sambutan perayaan kuantiti sampah di Shah Alam terus meningkat secara drastik telah menyebabkan perkhidmatan kutipan sampah pukal/kebun terjejas. Ini menyebabkan pihak Majlis menghadapi masalah bagi rumah / premis yang membuang sampah cantasan pokok atau perabot lama yang melebihi had sehingga mengganggu trip kutipan sampah kebun/pukal bagi premis lain di kawasan tersebut.

Program Spring Cleaning Majlis Bandaraya Shah Alam Menjelang Aidilfitri 2017

Sehubungan itu, program ‘Spring Cleaning’ telah di rangka untuk menampung perkhidmatan sediada bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih dan selesa kepada penduduk Shah Alam. Perkhidmatan ini akan di jalankan pada tarikh 9 Jun hingga 20 Jun 2017.

Tujuan Program ‘Spring Cleaning’

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan percuma bagi pembuangan sampah kebun/pukal kepada penduduk Shah Alam. Selain itu, ia dapat memberi panduan terhadap bentuk-bentuk kawalan yang dikenakan ke atas setiap blok perancangan dalam kawasan bawah jagaan MBSA. Program ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut lokasi-lokasi yang disenaraikan iaitu 142 lokasi .
Tong roro MBSA yang ditempatkan di 142 lokasi

Tong roro MBSA yang ditempatkan di 142 lokasi

 .
Klik SINI untuk senarai 142 lokasi tong roro MBSA sempena Program Spring Cleaning menjelang Aidilfitri 2017.
 .
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
.
Jabatan Pengurusan Sisa & Pepejal & Pembersihan Awam
Telefon : 03-5511 2315 atau 03-5510 5133 samb : 1645 
Faks : 03-5512 7014
Emel : sisapepejal@mbsa.gov.my
 .
(Visited 47 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge