Percutian 4 Hari 3 Malam ke Jogjakarta Tanpa Agensi Pelancongan (Itinerari dan Bajet)

Alhamdulillah, kami sekeluarga baru sahaja kembali dari Jogjakarta 6 hari yang lalu. Percutian ke salah satu wilayah di Indonesia itu berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula dari 26 Ogos hingga 29 Ogos 2017.

Percutian 4 Hari 3 Malam ke Jogjakarta Tanpa Agensi Pelancongan (Itinerari dan Bajet)

Ini adalah percutian pertama kami ke luar negara, dan lebih menerujakan kami menguruskan sendiri percutian ini tanpa melalui mana-mana agensi pelancongan. Ternyata taklah susah mana. Amboiii! Mentang-mentang dah berjaya. Hehe..

Sejujurnya walaupun urus sendiri, kami masih dibantu oleh oleh info-info dari adik ibu dan rakan-rakan yang pernah berkunjung ke Jogjakarta.

Maka dengan ini, ibu berbesar hati nak berkongsi pula persiapan ringkas kami dengan pembaca blog yang dikasihi. Mungkin ada kekurangan di sana sini, tapi insyaAllah sedikit sebanyak boleh manjadi rujukan dan panduan.

Ibu sertakan sekali bajet kami supaya para pembaca boleh terus buat kira-kira. Minggu lepas nilai tukaran wang IDR (Indonesia Rupiah) – RM yang kami dapat ialah:

IDR1,000,000.00 (1 juta) = RM324.50

Tiket Kapal Terbang

Kami menempah tiket kapal terbang seminggu sebelum tarikh percutian atas sebab-sebab tertentu di luar jangkaan kami. Ada kisah sadis di sebaliknya yang kami belum bersedia untuk kongsikan.

Harga tiket kami sangat mahal (nangis mengenangkannya), tapi sebab dah janji dengan anak-anak kami teruskan juga..

Jadi, tak perlulah ibu kongsikan disini berapa harga tiket kami. Harga standard, lebih kurang RM250.00 sehala. Tapi jika kena masanya, tiket pergi dan balik boleh dapat harga RM100.00 sahaja.

Kereta Sewa Beserta Pemandu (Pak Supir)

Tunggak utama percutian ke Jogjakarta adalah kereta sewa beserta pak supirnya sekali. Ada dua perkara ni, jalanlah nak kemana pun ke pelusuk Jogjakarta tu. Tak perlu pemandu pelancong pun tak apa.

Melalui Nora (rakan FB), ibu diperkenalkan dengan Mas Agung. Pemandu yang bertanggungjawab membawa Nora dan rakan-rakan semasa mereka berliburan di Jogjakarta tak lama dulu.

Mudah sangat berurusan dengan Agung, dan beliau banyak membantu memberi info-info tentang percutian di Jogja termasuk mencadangkan hotel yang sesuai dan itinerari percutian. Agung tak pernah gagal menjawab soalan-soalan yang ibu bagi walau pun di tengah-tengah malam. Almaklum, masa tu keterujaan melampau sedang melanda diri. Tengah malam pun rasa nak bertanya, ibu tanya terus. Hehe..

Walaupun sebenarnya, bukan Agung pun sudahnya yang membawa kami sekeluarga sebab Agung sudah dibooking awal-awal oleh pelancong lain. Agung mencadangkan Lilik, dan kami setuju.

Bayaran yang dikenakan untuk 4 hari 3 malam adalah sebanyak IDR1,800,000.00. Mungkin ada pemandu yang menawarkan harga lebih murah (jika rajin survey), tapi ibu terus setuju dengan harga Agung. Berdasarkan carian Google, kadar harian yang dikenakan pemandu di Jogjakarta adalah di antara IDR450,000 hingga IDR500,000 sehari.

Mereka berdua boleh dihubungi melalui aplikasi whatsApp;

Agung +62 819-3117-9439

Lilik +62 878-3942-2006

Supir di Jogjakarta 2017

Pak supir menyambut ketibaan kami. Teka, yang mana satu Lilik?

Hotel

Agung memberi beberapa cadangan hotel dan ibu buat pula carian di Google mengikut kehendak dan bajet kami. Banyak hotel yang dicadangkan tiada Family Room yang available dan akhirnya kami memilih Hotel Mawar Asri. Tempahan dibuat di Booking.com dan prosesnya sangat mudah. Klik klik klik, terima email pengesahan, selesai sudah.

Sepanjang 4 hari 3 malam di Jogjakarta kami menginap di Hotel Mawar Asri dengan bayaran IDR1,728,000.00 termasuk sarapan pagi.

Itinenari

Berbulan-bulan sebelum percutian, jenuh ibu memikirkan jadual dengan membuat carian diinternet. Sampai sudah, tak ada pun itinerari yang dirangka.

Akhirnya, itinerari dari Agung juga yang terbaik dan kami guna. Cuma ada beberapa lokasi yang kami tambah dan gugurkan mengikut kesesuaian masa dan baki tenaga yang kami ada. Serius tau, jalan-jalan Jogja anda kena fit. Banyak berjalan dan ada beberapa aktiviti agak lasak.

Berikut adalah itinerari sebenar kami sepanjang di Jogjakarta secara ringkas;

Hari Pertama (26 Ogos 2017)

– Jemput di Airport (12.00 tengahari)

– cari simkad

– makan tengahari di Ayam Goreng Suharti

– Kraton

– TamanSari

– Check in hotel dan rehat

– ronda-ronda dan makan malam di Malioboro Mall (malam)

– batik hunting (naik beca)

Bergambar kenangan bersama abdi dalem di Kraton, Jogjakarta

Bergambar kenangan bersama abdi dalem di Kraton, Jogjakarta

Gambar kenangan di Taman Sari, Jogjakarta

Gambar kenangan di Taman Sari, Jogjakarta

Hari Kedua (27 Ogos 2017)

– Merapi Tour (keluar hotel seawal 4.00 pagi)

– Sarapan di Rumah Makan Bonda Merapi

– Kebun salak

– Candi Borobudur

– Balik hotel rehat (makan Pop Mee dalam bilik)

– Gumuk Pasir (selepas Asar)

– Pantai Parangtritis

– Makan malam di Waroeng Pohon

Gambar kenangan di kaki Gunung Merapi, Jogjakarta

Gambar kenangan di kaki Gunung Merapi, Jogjakarta

Di puncak Candi Borobudur

Gambar kenangan sekeluarga di puncak Candi Borobudur

Gambar kenangan sekeluarga di Gumuk Pasir Jogjakarta

Gambar kenangan sekeluarga di Gumuk Pasir Jogjakarta

Gumuk Pasir Jogjakarta, bagaikan di padang pasir yang luas

Gumuk Pasir Jogjakarta, bagaikan di padang pasir yang luas

Hari Ketiga (28 Ogos 2017)

– Sarapan di hotel

– Jurang Tembelan

– Rumah Hobbit

– Makan lobster

– Pantai Timang (naik jeep dan gondola)

– balik hotel rehat

– makan malam

– Ole-ole Bakpia 25

– Malioboro

Pantai Timang Jogjakarta

Pantai Timang yang indah. Nampak tulisan TIMANG di seberang?

Pantai Timang Jogjakarta

Bukti kami dah sampai seberang naik gondola. Yehuuu!

Hari Keempat (29 Ogos 2017)

– Sarapan di hotel

– check out

– Lapangan Terbang

Bajet dan Perbelanjaan

Alhamdulillah, bajet dan perbelanjaan kami selari. Jumlah yang kami bawa mencukupi. Kami bawa tukaran RM3,500.00 dan masih berbaki..

Berikut adalah anggaran perbelanjaan kami (tidak termasuk tiket kapal terbang)

Kereta dan pemandu IDR 1,800,000.00

Hotel IDR 1,720,000.00

Makan IDR 1,500,000.00 (boleh makan lobster dengan bajetni)

Enterence Fee IDR 3,000,000.00

Shopping IDR 2,500,000.00

Kalau perasan, peruntukan untuk enterence fee mengungguli carta. Tapi sebenarnya, hanya 3 tempat yang bayaran mahal iaitu Candi Borobudur, Merapi Tour dan Pantai Timang.

Candi Borobudur – IDR 325,000.00 (dewasa) x 2 dan IDR 150,000.00 (pelajar) x 2

Merapi Tour (Pakej Sunrise) – IDR 450,000.00/ jeep/ family

Pantai Timang – IDR 350,00.00/ jeep/ family dan gondola IDR200,000.00 x 4

Yang lain sekadar IDR 15,000.00 – IDR25,000.00 sahaja. Masuk tandas jangan lupa, IDR 2,000.00 sekali masuk..

Oh ya, ada bajet tambahan sebelum percutian bermula. Kami ambil International World Traveller Care dari Etiqa Takaful. Harga bergantung kepada pakej yang diambil samada Silver, Gold ataupun Platinum. Untuk info lanjut boleh layari sendiri www.etiqa.com.my

Percutian Yang Menyeronokkan

Alhamdulillah, percutian kali pertama kami ke luar negara ini sangat berbaloi dengan apa yang kami belanjakan. Ini percutian yang menyeronokkan!

Sekian dulu catatan ringkas ibu untuk percutian kami ke Jogjakarta. Doakan ibu rajin untuk menulis lagi sebab terlalu banyak gambar menarik dan cerita lebih lengkap serta menarik yang nak dikongsikan.

Salam mesra;

Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
Pengedar Shaklee Anda
(Visited 376 times, 1 visits today)

2 Responses

  1. Agung pramono says:

    Terima kasih ibu, telah percayakan transport daripada kami masa percutian kat yogyakarta.
    Kalau ibu and family rasa puas hati ngan servis dari kami, mohon rekomend.kan kami kepada sanak family ibu dan kawan kawan ibi yang laen,
    Mihon maaf kalau ada kekueanfan dalam pelayanan, serta salah dan silap kata.
    Mohon dihalalkan semuanya, thanks.

  2. jida says:

    wah bestnya kak zefa dapat ke jogja satu keluarga..Banyak juga tempat yang dilawati disana dan nampak menarik pula tu
    jida recently posted…Jom Hilangkan Jerawat Batu Sekali Dengan Bekas Parutnya.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge