Diskaun Penginapan Untuk Tempahan Pertama Melalui Airbnb

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Lama ibu tak menulis di sini, banyak cerita tertunggak yang hendak dikongsikan. Cerita cuti-cuti Seoul, Vietnam, Singapore, Laos. Belum lagi cuti-cuti Malaysia di Cameron Highland dan Lumut. Staycation di Cyberjaya. Banyaknyaaaa hutang menulis..

Ibu belanja sekeping gambar dulu ya. Winter Sonata, Seoul Januari 2019

Ibu belanja sekeping gambar dulu ya. Winter Sonata, Seoul Januari 2019

Sebelum 2019 bertukar menjadi 2020, baiklah ibu mulakan penulisan. Semoga menjadi permulaan yang baik sebelum melangkah ke tahun hadapan.

Memandangkan sekarang kita berada di dalam cuti sekolah, masing-masing pun dalam mood bercuti. Anak-anak pun bukan main gembira bila ibu ayah kata nak bawa bercuti ke hotel. Tapi sekarang, penginapan di bawah Airbnb pun tak kurang menariknya tau.

Jadi ibu nak kongsi bagaimana nak dapat diskaun penginapan terutamanya kepada pengguna Airbnb baru. Pengguna lama pun boleh juga.

Apa Itu Airbnb?

Untuk senang faham, Airbnb ni adalah platfom atas talian untuk memudahkan pengguna mencari penginapan. Mungkin boleh diibaratkan seperti Agoda, Booking dot Com, atau mana-mana online travel booking platforms yang lain.

Menariknya, selain penginapan biasa, banyak juga rumah ‘luar biasa’ dan unik dalam Airbnb.

Kau nak duduk dalam gua?
Kau nak duduk atas pokok?
Kau nak duduk atas bot?
Kau nak duduk dalam igloo pun boleh.

Rumah gua di Sacromonte Granada yang boleh ditempah melalui Airbnb

Rumah gua di Sacromonte Granada yang boleh ditempah melalui Airbnb

Ya, Airbnb ni antarabangsa. Nak penginapan di Malaysia ada, di luar negara pun ada.

Bagaimana Nak Dapatkan Diskaun Penginapan di Airbnb?

Diskaun penginapan atau sebenarnya di dalam Airbnb dipanggil ‘coupon’ yang bernilai sehingga RM137.00 akan diberikan kepada semua pengguna baru Airbnb yang mendaftar menggunakan referral link. Caranya sangat mudah, klik http://nak.la/Airbnb dan daftarkanlah diri.

Jika dah pernah ada akaun, mintalah pasangan atau adik beradik pula yang mendaftar. Atau boleh juga daftar semula menggunakan email yang berbeza. Yang penting kena melalui link di atas (referral link).

Selepas daftar, anda akan terima makluman seperti ini.

Selepas daftar, anda akan terima makluman seperti ini.

Bagaimana Nak Tebus Kupon Untuk Mendapatkan Diskaun Penginapan di Airbnb?

Kupon boleh ditebus sekiranya tempahan pertama bernilai RM300. dan ke atas. Secara automatik akan ditolak dari bayaran.

Tengok! Harga dipotong RM137.00 siap-siap.

Tengok! Harga dipotong RM137.00 siap-siap.

Contoh di atas adalah harga yang perlu dibayar oleh seorang sahabat yang membawa anak-anaknya bercuti di Grand Lexis. Alaaa, yang ada private pool tu. Ya, unit di Grand Lexis pun boleh ditempah melalui Airbnb.

Apa Saya Kena Buat Sekarang?

Apa lagi? Klik http://nak.la/Airbnb, daftar, dan dapatkan diskaun penginapan dalam percutian anda. Selepas daftar dan ada kemushkilan, boleh hubungi saya melalui email di bawah.

Salam mesra;

Ibu Yusuf dan Maryam
Cita-Citanya Nak Sihat, Hobinya Travel
zefa_asmara@yahoo.com

 

(Visited 51 times, 1 visits today)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge