Cabaran Membaca Al Quran Nabila Huda

Ibu ada terbaca satu challenge dari Nabila Huda, baca Al Quran satu muka surat sehari untuk mengisi lapang sepanjang perintah kawalan pergerakan (pkp).

Ramai yang menerima baik challenge ni dan ada juga yang tidak setuju. Bagi mereka yang tak setuju, baca Al Quran tu tetap satu tuntutan walau pun tiada challenge.

Ibu secara peribadi berpendapat tak salah pun challenge tu. Beliau mempunyai beribu-ribu orang pengikut di media sosial. Dalam ramai-ramai tu mesti ada yang jarang mengaji atau tak pernah langsung mengaji.

Bayangkan sebab challenge ni mereka tergerak hati menyentuh Al Quran lalu istiqomah, bukankah itu satu kebaikan?

Kadang-kadang kita ni terlalu cepat melatah kerana dia seorang artis. Ya, kita pun tau bagaimana gaya hidup kebanyakan artis. Tapi kita kena ingat, hidayah itu milik Allah swt.

Mengajilah. Masa mengaji adalah me time terbaik untuk kita.

Nabila Huda Challenge Baca Al Quran

Ps: gambar sekadar hiasan.

Ibu Yusuf dan Maryam
Sihat santai dengan menulis
zefa_asmara@yahoo.com
(Visited 49 times, 1 visits today)

You may also like...

2 Responses

  1. Benar, dayang pun awal pkp sahaja sambut cabar satu juzuk satu kali waktu solat, sudah banyak komitmen kena buat soalan lah periksa kerja murid, sekarang dyg amal satu juzuk sehari setiap hari huhu….takniah sis

  2. Bagus je cabaran ni. Sekurang-kurangnya cabaran yang dia buat ni kan berfaedah

Leave a Reply to Asyrafiah Sabri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge