Resepi Bihun Goreng Tomyam PKP

Harini sudah masuk hari ke 18 Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Selama tempoh itu juga ibu bekerja hanya dari rumah. Adalah juga beberapa kali ibu kena ke pejabat atas tugasan rasmi dan arahan Jabatan. Bila bekerja dari rumah ni banyak lah juga masa ibu nak masak. Masa tak PKP pun masak juga, tapi tak sempatla nak ambik-ambik gambar semua. Salah satu menu yang ibu masak ialah bihun goreng tomyam PKP.

Bihun Goreng Tomyam dengan bahan apa yang ada 😁

Bihun Goreng Tomyam dengan bahan apa yang ada 😁

Resepi Bihun Goreng Tomyam PKP

PKP tu maksudnya guna bahan apa yang ada di rumah je. Ibu masak setengah bungkus bihun cukup untuk 4 orang.

Bahan-bahannya

Setengah bungkus bihun (direndam hingga lembut)

Minyak untuk menumis

Sebiji bawang merah dihiris

3 ulas bawang putih ditumbuk

1-2 batang serai dititik

1 sudu besar cili kisar

1 sudu besar pes tomyam (lagi banyak lagi sedap)

Sotong (atau apa yang ada)

Lobak dipotong memanjang

1 cawan air

3-4 helai daun limau purut

Garam secukup rasa

Resepi Bihun Goreng Tomyam

Cara-caranya

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili nampak masak.

2.  Masukkan air, pes tomyam dan lobak. Masak sehingga lobak lembut, kemudian masukkan sotong, daun limau purut dan perisakan dengan garam.

3.  Selepas sotong nampak masak masukkan bihun dan kacau rata. Sedia untuk dihidang.

Fasa akhir sebelum bihun dimasukkan..

Fasa akhir sebelum bihun dimasukkan..

Nota ibu:

– Selain sotong boleh guna apa-apa sahaja yang ada. Ayam ke, daging ke, bebola ayam ke, dll.

– Selain lobak, boleh masukkan jagung bayi dan bunga kobis juga.

– Untuk rasa masin, boleh gantikan garam dengan Sos Ikan Thailand.

– Masa nak hidang, taburkan dengan hirisan cili merah dan daun ketumbar.

– Semua yang ibu sebut dalam nota ni, jika adalah ye. Semua tu membantu bihun goreng tomyam kita lebih sedap. Ibu buat masa PKP, jadi guna jelah apa yang ada.

Selamat manfaatkan masa yang ada semasa PKP dengan perkara berfaedah. Contohnya, masak untuk seisi keluarga.

Salam ukhuwah;

Ibu Yusuf Maryam

(Visited 99 times, 1 visits today)

You may also like...

3 Responses

  1. Nyummyyyyy sedapnyaaaa!

  2. Amal says:

    Sedapnyaaa kak. Boleh try nanti 😍🤤

  3. Sedapnyeeee….nak cuba la…..tq resepinye

Leave a Reply to Asyrafiah Sabri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge