Resepi Kek Marble Mudah

Sepanjang tempoh PKP ibu mengambil kesempatan mencuba pelbagai jenis resepi. Biasanya ibu akan cuba resepi yang mudah, kos yang murah, serta bahan yang sedia ada di rumah.

Baru sekejap tadi, ibu mencuba resepi Kek Marble dari FB page Azlina Ina. Ini percubaan kali kedua sebenarnya, dan kejadian kali ni sangat memberansangkan. Jadi ibu berbesar hati nak kongsikan dengan pembaca-pembaca Keluarga Sihat dot Com.

RESEPI KEK MARBLE MUDAH

Nama asal di FB Page Azlina Ina, Kek Marble Moist Gebu. Sebab buatnya mudah, suka-suka pula ibu tukar nama.

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan marjerin

1 cawan susu pekat manis

4 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

2 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya:

1. Satukan susu dan marjerin di dalam mangkuk dan kacau guna whisk atau mixer hingga gebu.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau hingga sebati.

3. Jangan lupa masukkan esen vanila dan kacau lagi.

4. Masukkan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan baking powder. Masuk sedikit demi sedikit sambil mengacau.

5. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan serbuk koko dan gaul rata.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang 7 inci secara selang seli. Tapi ibu guna loyang bulat, tak pasti pula saiznya.

Masukkan adunan di tengah-tengah loyang berselang seli

Masukkan adunan di tengah-tengah loyang berselang seli

Gambar ni masa cubaan kali pertama. Ibu lapik dengan baking paper. Buat kali kedua, ibu tak lapik. Tak melekat pun, kek sangat senang keluar dari loyang.

Rupa paras elepas selesai adunan dimasukkan berselangseli

Rupa paras elepas selesai adunan dimasukkan berselangseli

Nak dapat corak macam ibu buat tu, gunakan belakang sudu. Tarik dari tepi loyang ke tengah-tengah.

7. Panaskan oven, dan bakar kek dengan suhu 170°. Mula-mula ibu set 45 minit tapi tengahnya belum masak dan ibu tambah lagi 10 minit.

8. Lepas masak sejukkan atas redai.

Tapi kek ni sedap makan panas-panas. Lapisan atasnya rangup, isi dalamnya moist, dan baunya subhanallah sangat harum.

Hasil selepas keluar dari loyang

Hasil selepas keluar dari loyang

Keratan rentas kek marble

Keratan rentas kek marble

Kek yang telah dipotong

Kek yang telah dipotong

Tengok gambar pun dah rasa sedapkan? Cubalah, resepi ni senang sangat. Terima kasih Puan Azlina Ina pemilik asal resepi ni.

Ibu Yusuf Maryam

Cita-citanya kurus, hobinya makan. 😂

 

 

(Visited 476 times, 1 visits today)

You may also like...

3 Responses

  1. Dayang says:

    Geramnyeee nengok kek tue, nak buat jugalah, tq sis resepinya, enak banget

  2. Jiha says:

    Sedapnya kek ni ..

  3. Nak membuat ni, bencinta hah
    Asyrafiah Sabri recently posted…8 Tempat Makan Halal dan Sedap di Singapore yang Anda Wajib Pergi.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge