Penulis Blog

Assalamualaikum wbt..

Salam kenal dan salam ukhuwah buat pengunjung-pengunjung keluargasihat.com. Saya, Zefa Nor Asmara binti Jubir, penulis dan pemilik blog ini.

Seorang ibu kepada sepasang putera dan puteri, Yusuf dan Maryam. Seorang isteri kepada sang suami yang hanya mahu dikenali sebagai Ayah Yusuf.

Bermula sebagai seorang blogger pada tahun 2010 dengan blog santai http://jemariasmara.blogspot.com dan kini melangkah lebih kehadapan dengan blog di atas platform wordpress.

Mungkin ada yang menyangka saya berhijrah dari blogger ke wordpress, tetapi sebenarnya tidak. Jemari Asmara saya masih kekalkannya di atas platform blogspot.

keluargasihat.com adalah tapak untuk saya menerokai dunia wordpress dan sebagai langkah lebih serius dalam berblog dengan niche keibubapaan dan kekeluargaan yang menekankan gaya hidup sihat.

Semoga dengan penulisan blog ini, dapat memotivasikan saya sebagai seorang ibu untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam aktiviti harian keluarga. Semoga blog ini juga menjadi inspirasi kepada pembaca-pembaca untuk sama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat.

Keluarga Sihat

Keluarga Sihat

 

(Visited 211 times, 1 visits today)