Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah.. Hari ini 25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharram 1436H, hari dan bulan pertama dalam tahun hijrah. Syukur kehadratNya atas nikmat usia yang dipinjamkan hingga ke hari ini.
Tahun baru, semangat pun baru. Juga muncul blog baru. Blog pertama Ibu Maryam di atas platform wordpress.
Keluarga Sihat Dot Com adalah tapak untuk saya menerokai dunia wordpress dan sebagai langkah lebih serius dalam berblog dengan niche keibubapaan dan kekeluargaan yang menekankan gaya hidup sihat.
Berblog secara santai, ada kisah kehidupan kami, catatan anak-anak kami, jalan-jalan cari makan, kisah ibu masak-masak dan macam-macam lagi. Walaubagaimana pun, melalui blog ini juga saya akan cuba menulis secara serius tentang gaya hidup sihat selain info-info tentang kesihatan.
Semoga dengan penulisan blog ini, dapat memotivasikan saya sebagai seorang ibu untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam aktiviti harian keluarga. Semoga blog ini juga menjadi inspirasi kepada pembaca-pembaca untuk sama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat.