Perancangan itu sangat penting, tidak kiralah sama ada perancangan jangka pendek mahupun jangka panjang. Ada beberapa perkara walau pun tahun depan nak buat, tahun ni dah kena rancang. Mungkin juga perlu dua tiga tahun sebelum. Contohnya merancang nak bercuti, melancung, bertunang, berkahwin, malah nak anak pun kena merancang. Kan? Hehe..
Bersama-sama ini ibu sertakan kalendar tahun 2016 beserta tarikh-tarikh cuti umum. Semoga boleh menjadi panduan untuk apa-apa perancangan yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan.
1 Jan 2016 (Jumaat) – Tahun Baru* Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
24 Jan 2016 (Ahad) – Thaipusam* Kedah, KL, Putrajaya, Johor, N9, Perak, Penang & Selangor shj
1 Feb (Isnin) – Hari Wilayah* KL, Putrajaya & Labuan shj
8-9 Feb (Isnin & Selasa) – Tahun Baru Cina
25 Mac (Jumaat) – Good Friday* Sabah & Sarawak shj
1 Mei (Ahad) – Hari Pekerja
21 Mei (Sabtu) – Hari Wesak
6&7 Julai (Rabu, Khamis) – Hari Raya Puasa
31 Ogos (Rabu) – Hari Kebangsaan
12 September (Isnin) – Hari Raya Haji* Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu cuti 2 hari
16 September (Jumaat) – Hari Malaysia
3 Oktober (Isnin) – Awal Muharram
29 Oktober (Sabtu) – Hari Deepavali* kecuali Sarawak
12 Disember (Isnin) – Maulidurrasul
25 Disember (Ahad) – Hari Krismas
Nampaknya ada beberapa cuti panjang, cuti umum yang bersambung dengan Sabtu dan Ahad. Sangat molek ni. Apa lagi, mari merancang!