Saya jarang ke pasar malam. Bukan pasar malam je, semua jenis pasarlah. Kebiasaannya En Ayah yang akan membeli keperluan rumah termasuk bahan-bahan masak. Saya tinggal masak apa yang ada je..
Ada suatu hari tu entah macam mana saya boleh pula ikut En Ayah ke pasar malam. Tak beli apa, cuma cuci-cuci mata. Bila saya lalu di gerai jual ayam goreng mata saya tertumpu pada cendawan goreng. Nampak sedap, saya pun beli. Mula-mula saya minta RM2.00, mak aiiii.. Siiiikit sangat. Saya pun mengenangkan nak kongsi dengan anak-anak, tambah lagi RM2.00..
Sampai rumah, tuang dalam pinggan. Alaaahai banyak lagi ruang kosong dipinggan tu, rasa kelakar pula. Terus terdetik dalam hati, kenapalah aku beli. Pengaruh nafsu je semua tu. Buat sendiri pun boleh. Cara pun senang sangat-sangat. Semudah 123 je pun. Hihi..
Ini cendawan goreng rangup air tangan saya. Rasanya sama dan sebijik dengan rasa yang beli di pasar malam tu. Ikut tekak saya, lagi sedap rasanya. Kos pun murah je..
Selonggok cendawan hanya RM3.00 harganya. Saya goreng semuanya dan dapat lebih kurang 4 kali ganda yang saya beli di pasar malam. RM4.00 kali 4 bersamaan RM16.00.. Beli bahan untuk buat sendiri tak sampai pun RM10.00. Resepi cendawan goreng rangup ni banyak versi. Tapi mari saya kongsikan cara-cara yang paling mudah..
Resepi Cendawan Goreng Rangup Semudah 123
Bahan-bahannya:
1 longgok cencawan tiram segar
1 biji telur
1 kotak tepung goreng ayam
Minyak masak secukupnya
Cara-caranya:
1. Cuci cendawan, tos dan keringkan. Pecahkan telur dan pukul manja. Kemudian panaskan minyak..
2. Celupkan cendawan ke dalam telur, golekkan di atas tepung dan masukkan ke dalam minyak yang telah panas. Goreng sehingga garing atau separa garing mengikut citarasa..
3. Angkat dan hidang. Mudahkan? Tengok, memang sampai no 3 je cara. Inilah yang dinamakan semudah 123
Oh ya, sedikit nota:
– Jangan gaulkan telur dengan tepung kerana tepung akan menjadi melekit-lekit dan keras bila digoreng. Cara yang betul, celup cendawan dalam telur, golekkan atas tepung dan masukkan dalam minyak panas..
– Masukkan tepung ke dalam pinggan sedikit demi sedikit. Bila tepung berkurang, baru tambah lagi supaya tidak membazir. Tepung yang sudah terkena telur tidak boleh disimpan lagi.
Kalau tak ada caption pun, tengok gambar pun dah tahu rangup. Rangup di luar, tapi lembut di dalam tau. Sedapp..
Cendawan ni boleh dijadikan lauk, makan bersama nasi, atau makan begitu sahaja pun sesuai. Buat minum petang, dengan teh o krang manis. Mmmm.. terangkat! Cicah sos pun sedap juga..
Siapa dah baca entry ni boleh la cuba. Senang sangat-sangat, jadi tak perlu lagi beli di pasar malam. Supaya entry resepi ni tak hilang, sila share ke fb masing-masing ya. Hingga jumpa lagi..
er… mne hilang tiram segar tu… xd lam cara heeeee