Setelah beberapa kali menepis khabar angin yang mengatakan Lisa Surihani telah bersalin sebelum ini, akhirnya disahkan bahawa Lisa Surihani telah selamat melahirkan seorang bayi pada 15 September 2015. Bayi seberat 3.4 kg itu dilahirkan di Pantai Medical Centre, Bangsar pada jam 11.44 malam.
Pasangan Lisa Surihani dan Yusri telah berkongsi gambar pertama bersama bayi mereka melalui instagram officialhlive. Nama bayi mereka dikatakan akan diumumkan selepas 7 hari.
Tahniah Lisa dan Yusri dari Keluarga Sihat Dot Com. Semoga cahaya mata kalian membesar sebagai anak yang soleh. Aamiin..
Ps: Mesti ramai yang teruja nak tengok gambar-gambar bayi merekan?