Dalam mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Di sisi mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Imam Ahmad pula berpandangan; ia hanya wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, hukumnya hanyalah sunat. Selain perintah agama, ia untuk kesihatan individu itu juga.
Khatankan Anak Lelaki Ketika Masih Bayi
Kebanyakan masyarakat Melayu mengkhatankan anak lelaki mereka semasa berumur di antara 6 hingga 12 tahun. Walaubagaimanapun, pada masa kini semakin ramai ibu bapa mengkhatankan anak lelaki mereka ketika masih bayi lagi.
Panduan Mengkhatankan Anak Lelaki Semasa Bayi
Kebaikan Berkhatan Semasa Bayi
1. Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia lebih tua
2. Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ke atas kebiasannya lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan
3. Proses penyembuhan bagi bayi lebih cepat mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja berbanding kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan Imam Al-Mawardzi berkata; ”Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).
Semoga perkongsian ini bermanfaat.