
Periuk serbaguna Noxxa
Jika kalian aktif di laman sosial, kalian pasti perasan periuk Noxxa ni sedang meletup-letup dan hangat diperkatakan. Sana sini bercerita tentang periuk Noxxa. Sana sini berkongsi resepi masakan menggunakan periuk Noxxa.
Bukan sekadar di laman sosial, ahli-ahli kumpulan whatsapp juga tidak ketinggalan asyik bercerita tentang periuk Noxxa ini. Malah saya tidak malu mengaku saya antara yang terjebak dan tergoda untuk memilik periuk Noxxa ini.
Setahun juga saya bertahan dengan pengaruh-pengaruh rakan sebaya, akhirnya ‘terbeli’ juga setelah seorang rakan menwarkan harga istimewa.

Fungsi-fungsi periuk serbaguna Noxxa
Periuk ini bukan sekadar mempunyai fungsi high pressure, tetapi juga slow pressure, steam, stir-fry, slow cook dan reheat-warm.

‘Inner’ periuk serbaguna Noxxa
Periuk ni besar, menurut kawan-kawan boleh masuk 2 ekor ayam saiz sederhana dan boleh masak nasi dari 2 kg beras. Walaubagaimanapun, setakat ini saya hanya pernah masak paling banyak sekilo beras je dan seekor ayam.
.
Walaupun beli sebab terpengaruh, sengaja beli dan bukannya keperluan mendesak, setakat ni saya belum pernah menyesal beli periuk mahal ni. Serius tak menyesal.
.
Dan serius periuk ni memang best, walaupun saya tidak mencuba lagi resepi-resepi yang banyak di luar sana. Setakat ini saya baru guna periuk serbaguna Noxxa ni untuk masak;
.
– nasi arab 7 minit (2 kali)
– sup kambing 30 minit (2 kali)
– pulut kuning 6 minit
– kari kambing 30 minit
– ayam panggang 5 minit (3 kali)
– nasi goreng tomyam 5 minit
– pizza 6 minit (4 kali)
.
Baru 14 kali guna tapi percayalah saya sangat gembira memlikinya.
.
Oh ya, periuk ni harga pasaran RM788.00, tapi saya dapat harga istimewa. Ada yang berminat nak beli ke? Boleh email nama dan no telefon ke
zefa_asmara@yahoo.com.
.
Nanti ada pihak yang akan hubungi anda semula..
.
Hingga jumpa lagi, salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam
(Visited 875 times, 1 visits today)