Kepentingan Mineral Zinc Untuk Kesihatan Tubuh
Umumnya, ramai telah mengetahui tentang kepentingan vitamin. Tapi bagaimana dengan mineral? Selain dari vitamin, mineral seperti zinc, boron, magnesium, kalsium, zat besi dan lain-lain mineral juga memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh badan. Mari kita bincangkan kepentingan mineral zinc untuk kesihatan tubuh.
Manfaat utama mineral zinc
Zinc merupakan komponen penting dalam setiap sel tubuh. Ia memainkan peranan dalam tindak balas enzim dan terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zinc diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta menguatkan ketahanan imun tubuh.
1. Mengaktifkan 200 Jenis Enzim
Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.
2. Membentuk Kolagen
Membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
3. Memperbaiki Diabetes
Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memeperbaiki diabetes.
4. Bintik Putih Dikuku
Bintik putih dikuku adalah tanda kekurangan zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya ingatan.
5. Meningkatkan Sistem Imun
Membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
6. Mempercepatkan Pemulihan Luka
Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.
7. Memperbaiki Masalah Prostat
Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly atau pembengkakan prostat dalam kadar 70%.
8. Kemampuan Seks Lelaki
Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
9. Ovulasi Wanita
Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.
10. Memperbaiki Radang Kulit
Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.
11. Mengekalkan Deria Bau
Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sesitif (rasa dan bau).
Makanan yang kaya dengan sumber zinc
1. Daging
2. Makanan Laut (Seafood)
3. Produk Susu
4. Biji-bijian dan Kacang-kacangan
5. Gandum
6. Bayam
7. Labu
8. Cendawan
dll
Zinc Complex Shaklee
Bagaimana untuk mendapatkan Zinc Complex Shaklee?
Untuk pertanyaan lanjut, konsultasi atau pembelian, hubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu anda.
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
1 Response
[…] petua tradisonal ini, ambil makanan yang tinggi kandungan zinc kerana zinc membantu dalam penyembuhan luka. Jangan lupa amalkan juga pemakanan sihat untuk memastikan keperluan nutrisi ibu berpantang […]