Musim peperiksaan hujung tahun telah pun berlalu. Sekarang masa untuk ibu bapa berdebar-debar nak tahu keputusan peperiksaan anak-anak masing-masing.
Saya kira ramai dah tahu bahawa ibu bapa boleh memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Selepas tamat peperiksaan dan ketas ujian selesai ditanda, guru-guru akan memasukkan markah ke dalam SAPS. Ibu bapa boleh menyemak keputusan ujian atau peperiksaan anak-anak setelah proses memasukkan maklumat oleh guru selesai.
SAPS Ibu Bapa ~ Semak Keputusan Peperiksaan Anak-anak Secara Online
Berdasarkan pemerhatian saya, masih ramai juga ibu bapa masih tidak mengetahui tentang sistem ini. Saya kongsikan langkah-langkah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak secara online untuk rujukan bersama.
Langkah 1
Masuk ke laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) melalui link https://sapsnkra.moe.gov.my dan klik semakan ibu bapa.
Langkah 2
Ibu bapa juga boleh terus klik https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/menu.php yang akan membawa kepada paparan seperti di bawah.
Langkah 3
Masukkan nombor sijil lahir atau kad pengenalan pelajar (tanpa – atau space), pilih sekolah rendah atau menengah, pilih tahun dan klik semak laporan.
Langkah 4
Setelah klik semak laporan akan keluar pula paparan seperti di bawah. Pilih jenis peperiksaan dan klik papar slip keputusan atau papar markah peperiksaan untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak masing-masing.
Langkah 5
Cetak sekiranya perlu dan selesai. Mudahkan?
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang membaca terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.
Salam mesra;
Zefa Nor Asmara bt Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam
Admin: Kelab Keluarga Sihat
Editor: Kelab Ibu Ohsem
sekarang ni memang mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak….
jawatan kosong recently posted…Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn November 2015
Mudah dan senang. Cuma perlu diperbaiko lagi sistem SAPS ini
MySemakan recently posted…Harga Minyak Masak Terkini Malaysia
this is a very good