Pernah satu ketika ibu teringin sangat nak makan kacang pool tapi tak tau nak cari kat mana di Shah Alam ni. Teringin tapi tak usaha pun nak cari. Sampailah ada satu haritu terjumpa dan dapatlah rasa. Kesiankan? Hehe..
Mencari Kacang Pool Best di Shah Alam
Baru-baru ni di group Shah Alam Residen (Tak Suka Ban Orang) ada seorang brother ni tanya, mana nak cari kacang pool best di Shah Alam.

Ikhtiar mencari kacang pool best di Shah Alam melalu media sosial
Bagus juga pertanyaan brother ni, sebab ramai yang tolong jawabnya. Tapi ni group untuk Shah Alam Resident, jadi agak terhad di situ. Mari kita sebarkan info ini dengan lebih meluas melalui Encik Google.
Kacang Pool Best di Shah Alam
Berikut adalah restoran-restoran atau lokasi yang ada jual kacang pool best di Shah Alam.
1. Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7
Selain kacang pool, restoran ni menyediakan menu masakan Johor dan terletak di belakang UNISEL Seksyen 7 Shah Alam.

Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7
2. Pasar Pagi Stadium Shah Alam
Pasar ini beroperasi setiap pagi Ahad bertempat di tempat letak kereta stadium, Seksyen 13 Shah Alam.

Pasar
3. Restoran Tirai Ratus Seksyen 3
Restoran ni terletak di Seksyen 3 Shah Alam dan dikatakan terkenal dengan Beriyani Gam dan Murtabak Singapuranya.

Restoren Tirai Ratus
4. Restoran Lads & Lassies
Ini firts time ibu dengar nama restoranni. Hasil google, restoran ni ala-ala hipster cafe gitu. Menu-menunya agak kebaratan, tapi ada juga menu Melayu iaitu kacang pool.

Restoren
5. Khyra Bakery Boutique Cafe, Seksyen 7
Restoran ni pun sama, ibu tak pernah dengar. Google punya Google tak jumpa pulak sesiapa pernah review. Tapi berdasarkan FB mereka, tempat makan ni berkonsepkan butik kafe.
6. Kacang Pool Delivery
Brother ni ambil kesempatan dari post cari kacang pool best. Hehe.. Meh ibu kongsikan pula info ni di sini. Sama-sama kongsi rezeki..
7. Segamat Rel Cafe
Ibu pernah pergi kafe ni sekali, tapi mastu kacang pool tak ada. Segamat Rel Cafe di Shah Alam ada 2 lokasi. Satu di Seksyen 14, satu lagi di AEON Mall Shah Alam.

Segamat Rel
8. Street Truck Food Anggerik Mall
Yang ini ibu pernah pergi dan memang makan kacang pool. Dan di situlah kali pertama ibu makan kacang pool, dan sampai sekarang belum ada keinginan nak makan lagi. Mungkin boleh try di tempat lain pula nanti..

Anggerik Mall
Penutup kata
Akhir kata, terima kasih kepada brother yang bertanya tu, dan terima kasih kepada ahli-ahli group yang tolong bagi jawapan.
Kepada warga Shah alam yang mencari kacang pool best, bolehlah terjah mana-mana lokasi yang tersenarai.