Bismillahirrahmanirrahim
Kami sekarang berada di dalam perus bas Sani Expres dari Shah Alam menuju Kuala Terengganu. Ini pengalaman pertama kami balik kampung sekeluarga naik bas ekspres.
Lebih menerujakan, ini pengalaman pertama Yusuf dan Maryam naik bas ekspres.
Pengalaman Pertama Yusuf dan Maryam Naik Bas Ekspres
Ikutkan ini bukanlah kali pertama mereka menaiki bas. Mereka pernah terlibat dengan kem atau aktiviti sekolah yang perlu naik bas. Tapi untuk kes naik bas ekspres untuk balik kampung, ini memang kali pertama.

Swafoto sekeluarga sebelum naik bas..

Dua beradik yang kali pertama naik bas ekspres

Masani tunggu ayah beli kudap-kudapan..

Kami dah dalam perut bas
Tiket bas jam 9.30 malam dan bas bergerak lebih kurang 9.45 malam. Sekian update ringkas ibu dan doakan kami selamat sampai.
Luv
Ibu Yusuf dan Maryam