Assalamualaikum.
Sudah lama www.keluargasihat.com tidak dikemaskini. Bermula dengan kesibukan persediaan umrah dan kemudiannya menunaikan umrah. Sekembali dari tanah suci, terus aktif di facebook dan terkini turut aktif di instagram.

Ibu dan Maryam di Jabal Rahmah. Antara gambar kenangan semasa menunaikan umrah 19 – 30 Mac 2017.
Hashtag #ZefaShaklee – Pengedar Shaklee Shah Alam
Instagram dan hashtag bagaikan irama dan lagu. Antara hashtag yang saya gunakan sekarang ialah #ZefaShaklee. Oh ya, jemputlah follow ig saya, https://instagram.com/ibuyusufmaryam
Mengapa #ZefaShaklee?
Semenjak terjebak dengan dunia blog pada tahun 2010, kemudian mula aktif di facebook pada penghujung tahun 2012, saya selesa dengan nick name Ibu Yusuf dan Maryam. Juga turut membahasakan diri sebagai ‘ibu’ dalam penulisan santai dan penulisan tentang keluarga sendiri khususnya.
Tapi hakikat sebenar, bila berbicara secara terus (bersemuka, mesej peribadi, whatsapp, sms, dll) saya selesa meperkenalkan diri dengan nama sebenar iaitu Zefa Nor Asmara binti Jubir. Lagi-lagi saya adalah seorang pengedar Shaklee yang memberikan khidmat konsultasi dan sering bertemu pelanggan.
Maka bila saya mula aktif semula di instagram baru-baru ini, saya mula menggunakan hashtag #ZefaShaklee.
Mengapa #ZefaShaklee? Supaya ingat Zefa, ingatlah Shaklee. Ingat Shaklee, ingatlah bahawa Zefa adalah salah seorang pengedar Shaklee. Begitulah harapnya..
Konsultasi Percuma Tentang Produk Shaklee
Ibu Yusuf dan Maryam adalah seorang pengedar sah Shaklee sejak tahun 2012 lagi. InsyaAllah trusted dan boleh dipercayai. Setiap pelanggan akan mendapat konsultasi dan cara makan yang efektif. Pastinya ekslusif sebab keperluan setiap pelanggan terhadap suplemen adalah berbeza-beza.
Saya menyediakan perhidmatan untuk pelanggan-pelanggan di seluruh Malaysia secara online. Konsultasi secara online dan penghantaran produk dengan khidmat kurier.
Pengedar Shaklee Shah Alam
Memandangkan saya adalah penduduk Shah Alam, maka saya menawarkan perkhidmatan konsultasi secara bersemuka, penghantaran dan cod (cash on delivery) kepada pelanggan-pelanggan Shah Alam dan sekitarnya seperti Jalan Kebun, Bukit Naga, Johan Setia dan Kota Kemuning.
Mencari produk Shaklee?
InsyaAllah saya akan bantu anda. Juga untuk sebarang pertanyaan lanjut, konsultasi atau pembelian, jangan malu-malu hubungi saya.
Fb: Ibu Yusuf dan Maryam