Setiap tahun semasa sambutan perayaan kuantiti sampah di Shah Alam terus meningkat secara drastik telah menyebabkan perkhidmatan kutipan sampah pukal/kebun terjejas. Ini menyebabkan pihak Majlis menghadapi masalah bagi rumah / premis yang membuang sampah cantasan pokok atau perabot lama yang melebihi had sehingga mengganggu trip kutipan sampah kebun/pukal bagi premis lain di kawasan tersebut.
Program Spring Cleaning Majlis Bandaraya Shah Alam Menjelang Aidilfitri 2017
Sehubungan itu, program ‘Spring Cleaning’ telah di rangka untuk menampung perkhidmatan sediada bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih dan selesa kepada penduduk Shah Alam. Perkhidmatan ini akan di jalankan pada tarikh 9 Jun hingga 20 Jun 2017.
Tujuan Program ‘Spring Cleaning’

Tong roro MBSA yang ditempatkan di 142 lokasi